SPAOH: Tender pembinaan pusat hemodialisis di Spaoh akan dikeluar pada bulan depan.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, apabila kontraktor dilantik, beliau berharap pembinaan itu dapat dilakukan dalam tempoh lapan bulan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, pusat itu merupakan satu daripada tiga projek yang akan dilaksanakan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).
Jelas beliau, setiap pusat hemodialisis itu akan berharga sebanyak RM5 juta.
“Kami percaya ia akan mengurangkan kesesakan di Hospital Sri Aman dan Betong serta klinik kesihatan Debak. Yang untuk Spaoh akan dibina di Klinik Kesihatan Spaoh.
“Mereka yang mendapatkan rawatan sedemikian juga tidak perlu memandu jauh apabila pusat itu bersedia. Dua pusat lain seperti itu akan berada di Kabong dan Beladin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kelas masakan untuk 30 wanita dari Parti PBB Cawangan Kecil Ulu Paku di sini hari ini.
Kursus yang diadakan di rumah panjangnya, Rh. Mendit Unsu di Penom adalah di bawah pengerusi penganjur anak perempuannya, Natasha Nasa yang merupakan Ketua Wanita Parti PBB Bukit Saban.
Pada majlis itu, Uggah turut menyampaikan geran berjumlah RM169,300 kepada sebuah sekolah dan enam organisasi.
