Tiga acara SUKMA berlangsung di Bintulu

BINTULU: Bahagian Bintulu sudah bersedia menjadi lokasi acara muaythai, sepak takraw dan bola sepak untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan
Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan) merangkap Chef De Mission (CDM) Kontinjen Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, muathai akan diadakan di Naim Street Mall, Paragon, sepak takraw (Stadium Muhibbah) dan bola sepak (Stadium Bintulu).

“Kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan persiapan akhir penganjuran SUKMA 2024 di tiga lokasi itu di sini, semalam.

Gerald sehubungan itu mempelawa masyarakat di kawasan ini menyaksikan acara terbabit dengan paling awal bola sepak bermula pada 12 Ogos ini dan sepak takraw (15 Ogos).

“Saya mohon datang beramai- ramai melihat atlet muaythai kita, atlet takraw kita yang saya rasa mereka ini hebat,” tambahnya.