TTG Kuching, Miri dijangka beroperasi tahun ini, Bintulu tahun depan

SIBU: Tempat Transit Gelandangan (TTG) Kuching dan Miri dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata TTG Kuching dijangka beroperasi pada 31 Ogos ini.

“Mereka kini dalam proses mencari Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengendalikan pusat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai perwakilan Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak melawat TTG Sibu, di sini, petang tadi.

Fatimah berkata, TTG Miri pula dijangka siap pada 27 Disember depan manakala TTG Bintulu pada tahun depan.

Selain itu, beliau berkata TTG Sibu menerima seramai 180 gelandangan sejak ditubuhkan pada 2021 dan kini hanya tinggal 22 gelandangan di pusat tersebut.

“Semasa kami menjalankan usaha menyelamatkan gelandangan, mendapati merekam berasal dari luar Sibu seperti Mukah, Kanowit dan sebagainya,” katanya.