Utamakan keselamatan diri, keluarga ketika cuaca tidak menentu

GEDONG: Orang ramai di kawasan Parlimen Batang Sadong termasuk Gedong dinasihat agar berwaspada sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.

“Sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” menurut
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee selepas menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gedong yang dibuka di Dewan Masyarakat Gedong, di sini, hari ini.

Beliau bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu
Bakar Marzuki turun padang meninjau pengurusan operasi serta tahap kebajikan mangsa banjir di pusat berkenaan.

“Lawatan ini penting bagi memastikan segala keperluan asas mangsa dipenuhi dan pengurusan PPS berjalan dengan teratur dan selamat,” tambahnya.

Di samping itu, beliau juga memberikan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi keselamatan, pasukan penyelamat serta agensi kerajaan yang terlibat operasi pemindahan dan pengurusan PPS itu.