Month: July 2024

Adaptasi konsep pertanian moden untuk berjaya

SPAOH: Golongan petani perlu mengubah cara pemikiran lama dengan mengadaptasi konsep pertanian moden untuk berkembang lebih jauh dan berjaya. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, petani khususnya di luar bandar perlu memanfaatkan teknologi baharu seperti Internet of Thing (IoT), konsep pertanian moden seperti hidroponik dan fertigasi, aplikasi AI (kecerdasan buatan), benih hibrid […]

Pelan hala tuju hidrogen sedang dibangun melalui MEESTy

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak yang berpotensi menjadikan negeri ini perintis sektor ekonomi hidrogen. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelan tindakan komprehensif itu dibangunkan melalui Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTy). “Melalui pelan tindakan komprehensif ini, kita berupaya untuk memanfaatkan potensi besar tenaga […]

17 koperasi Sarawak terima pembiayaan bantuan

KUCHING: Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan bantuan pembangunan koperasi berjumlah RM4.48 juta diluluskan pada tahun ini. Timbalan Premier yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 17 koperasi Sarawak diluluskan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dengan bantuan terbabit. “Melalui bantuan ini, kita yakin […]

Pendidikan agama, moral bentuk sahsiah diri

KAPIT: Penekanan ilmu agama serta moral dalam diri anak-anak penting kerana nilai-nilai agama dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan mendatang. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ibu bapa harus mengingatkan anak-anak tentang adab walau di mana mereka berada kerana orang yang beradab semestinya mempunyai ilmu dan orang yang berilmu belum tentu ada adab. […]

Batik lukis sentuhan Stanley Wan

BINTULU: Kesukaran mendapatkan bahan mentah tidak menghalang pengusaha batik lukis di Miri memajukan perniagaan. Pengusaha batik lukis terbabit, Kaneth Legacy, Stanley Wan, 41 malah terus mendapat permintaan tinggi di Semenanjung dan turut mendapat tempahan membuat deco di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. “Sentuhan tangan saya sering kali digayakan oleh orang kenamaan pada acara-acara besar […]

Program Atlet Muda perlu sokongan

KUCHING: Orang ramai disaran menyokong Program Atlet Muda bagi kanak-kanak kelainan upaya (OKU) intelek dianjurkan Sukan Olimpik Khas Bahagian Kuching. Menteri Kebajikan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak terbabit berumur dua hingga tujuh tahun. Katanya, sokongan itu sama ada melalui penajaan kesukarelawanan atau hanya dengan menyebarkan berita. “Setiap daripada kita […]

Peruntukan projek pembangunan sosial DUN Lingga dilulus

SIMANGGANG: Peruntukan berjumlah RM76 juta diluluskan bagi melaksanakan projek pembangunan sosial di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek terbabit ialah pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) dengan kos RM40 juta, Dewan Simposium Batang Lupar (RM16 juta) dan Kompleks Sukan Lingga (RM20 juta). “Ketiga-tiga projek […]

RM160 juta naik taraf jalan raya

MIRI: Sebahagian daripada jalan pesisir antara Kampung Bakam ke simpang Sepupok di Niah akan dinaik taraf, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, projek berharga RM160 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak itu, setakat ini masih dalam peringkat perancangan. “Kita berharap dapat membuka tender […]

HIP dilaksana dalam masa terdekat

KUCHING: Sarawak akan melaksanakan Program High Immersive (HIP) kepada pelajar sekolah di negeri ini. HIP diperkenal Kementerian Pendidikan sejak 2016 bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui peningkatan pendedahan kepada bahasa itu. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ae berkata guru besar atau pengetua, guru, pelajar, komuniti dan ibu […]

RM20 bilion diperuntuk bangunkan jalan raya, jalan pesisir

BINTULU: Pembangunan jaringan jalan raya yang membabitkan kos besar akan menjurus kepada kemajuan sektor pertanian, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan adanya jaringan jalan raya usahawan tani boleh mendapatkan askes kepada pasaran luar. Untuk membangunkan jaringan jalan raya itu termasuk jalan pesisir, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM20 bilion […]