Month: August 2024

Perkara berkaitan sempadan Sarawak tidak boleh dirunding

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah menyatakan bahawa perkara berkaitan sempadan Sarawak adalah perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, semua projek penyimpanan karbon Sarawak adalah dalam lingkungan sempadan Sarawak yang tertakluk kepada undang-undang negeri. […]

Sarawak contohi Australia urus buaya

DARWIN, Australia: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi dari Sarawak memulakan lawatan penanda aras ke pusat aktiviti pengurusan buaya dan ekopelancongan di Wilayah Utara, Australia di sini. Turut bersama delegasi Sarawak itu ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Ketua Hakim Negeri, […]

Platform media sosial akan dilesen

KUCHING: Kerajaan Malaysia berhasrat melaksanakan pelesenan ke atas semua platform media sosial termasuk ‘Short Message Service’ (SMS). Ia bertujuan mengekang jenayah siber yang menular seperti scam, buli siber dan pedofilia. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, meskipun platform media sosial seperti facebook dan tiktok mendapat sambutan di Malaysia, namun dari segi keselamatan ia sangat lemah. Katanya, […]

Sarawak sasar jadi destinasi pelancongan sukan

KUCHING: Sarawak mahu menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan di rantau ini menerusi penganjuran pelbagai acara sukan besar dan bertaraf dunia. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, komitmen itu diterjemahkan melalui penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dan Kejohanan Antarabangsa Borneo Pickleball. “Kedua-dua kementerian saya telah […]

MINDEF peruntuk RM500 juta tingkat aset ketenteraan Sarawak

KUCHING: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) memperuntukkan RM500 juta untuk membangunkan dan menaik taraf aset ketenteraan di negeri ini bagi mengukuhkan pertahanan. Menurut menterinya, Dato Sri Mohamed Khaled Nordin, MINDEF merangka pelan pemerkasaan pertahanan untuk Sarawak bagi tempoh 2024 hingga 2030. “Inisiatif ini merangkumi projek pembangunan dan penaiktarafan aset ketenteraan dengan anggaran kos hampir RM500 juta […]

Pejabat PNK Gerigat siap dibina, projek bina baharu jeti nelayan Gerigat dilulus

GERIGAT: Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Gerigat yang dibina dengan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM400,000 sudah siap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, pejabat terbabit akan memudahkan nelayan dalam PNK Gerigat mendapatkan maklumat terkini berkaitan inisiatif serta bantuan dengan lebih cepat. “Kita berharap segala kemudahan dan bantuan sampai […]

Pemantauan perkembangan projek kerap dilakukan – Uggah

BALINGIAN: Pemantauan akan kerap dilakukan terhadap perkembangan pembangunan projek di lapangan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dougas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menegaskan, pemantauan itu bagi memastkan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual. Uggah memberitahu demikian dalam rangka lawatan kerja turun padang selama lima hari dengan menaiki kenderaan bagi meninjau […]

SPK Kampung Hulu Kabong fasa satu terima lebih 800 permohonan

KABONG: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM53 juta bagi menyediakan lebih 400 lot tanah rumah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Hulu Kabong fasa satu dan dua. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, permintaan daripada penduduk belum memiliki rumah sendiri begitu tinggi dengan fasa satu telah menerima lebih 800 permohonan. “Jika diikutkan hanya […]

13 syarikat terima lesen peruncitan gas PETROS

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) meluluskan pemberian lesen bagi peruncitan gas kepada 13 syarikat pemain industri huluan gas. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti bekalan dan penjualan gas asli kepada pengedar tunggal gas di Sarawak sejajar Seksyen 7(g) Ordinan Pengedaran Gas 2016. ”Selepas menerima lesen runcit, […]