Month: August 2024

TTG Kuching, Miri dijangka beroperasi tahun ini, Bintulu tahun depan

SIBU: Tempat Transit Gelandangan (TTG) Kuching dan Miri dijangka akan beroperasi tidak lama lagi. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata TTG Kuching dijangka beroperasi pada 31 Ogos ini. “Mereka kini dalam proses mencari Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengendalikan pusat itu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai perwakilan Majlis […]

Terokai peluang hasilkan biomass dari kayu terbuang

PUTRAJAYA: Masyarakat luar bandar Sarawak disaran meneroka peluang menjadikan lobak atau kayu yang tidak digunakan kepada biomass. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini kerana kawasan mereka banyak lobak yang boleh dikumpulkan dan diproses menjadi biomass yang banyak dieksport ke Korea dan Jepun. “Pada masa ini, kita sudah banyak menggunakan biomass di Semenanjung […]

Projek jalan hubung Sibu Jaya ke Kong Yit Kim siap lebih awal

SIBU: Projek pembinaan jalan menghubungkan Sibu Jaya ke Kong Yit Kim dijangka siap pada November ini, sebulan lebih awal daripada perancangan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek berharga RM104.4 juta itu dijadual siap pada Disember 2024 namun kontraktor komited menyelesaikannya lebih awal. “Kami sangat gembira melihat kemajuan ini. Pada awalnya terdapat […]

RM25 juta bina kilang keju di Lawas

LAWAS: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM25 juta membina kilang pemprosesan keju di Stesyen Kerbau Meragang, Merapok di sini. Pembinaan kilang itu untuk menjadikan daerah Lawas sebagai hab pengeluaran keju berjenama Mozarellayang terkenal sebagai keju terbaik di dunia. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, rakan kongsi pengusaha […]

Aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 dilancar

KUCHING: Aplikasi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dilancarkan pada hari ini bagi memeriahkan penganjuran temasya dwitahunan itu. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak negeri pertama membangunkan aplikasi khas untuk digunakan semasa SUKMA. Katanya, aplikasi tersebut akan memudahkan peminat-peminat sukan tanah air termasuk atlet, jurulatih dan […]

Kumpulan Maybank hulur sumbangan RM3.5 juta zakat, bantu pembangunan Sarawak

KUCHING: Kumpulan Maybank terus komited terhadap usaha pembangunan Sarawak dengan menyumbang zakat berjumlah RM3.5 juta hari ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Khairussaleh Ramli berkata, sumbangan itu bagi menyokong inisiatif pembangunan dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di negeri ini. Katanya, sumbangan tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM2.2 juta yang disumbangkan […]

Tiga acara SUKMA berlangsung di Bintulu

BINTULU: Bahagian Bintulu sudah bersedia menjadi lokasi acara muaythai, sepak takraw dan bola sepak untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Timbalan Menteri Belia, Sukan danPembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan) merangkap Chef De Mission (CDM) Kontinjen Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, muathai akan diadakan di Naim Street Mall, Paragon, sepak takraw (Stadium Muhibbah) dan bola […]

Ambilan 414 kakitangan teknikal JKR

KAPIT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam usaha mengambil 414 kakitangan teknikal bagi mengisi kekurangan yang dihadapi di seluruh Sarawak terutamanya di luar bandar. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah, proses pengambilan itu untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak. “Salah satu kawasan yang menghadapi masalah kekurangan kakitangan ialah Kapit. Kami berharap […]

SAINS bangun aplikasi terjemah dialek Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membangunkan aplikasi komunikasi bagi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat.  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, saluran komunikasi dalam talian itu yang dibangunkan menerusi Sarawak Information Systems (SAINS) menterjemahkan bahasa atau dialek Sarawak secara langsung. Katanya, aplikasi tersebut membolehkan orang ramai berbual secara langsung dalam […]

Pamerkan keunikan Sarawak semasa SUKMA Ke-21

KUCHING: Pengamal media perlu mengambil peluang mempamerkan keunikan Sarawak kepada masyarakat luar menerusi laporan berita sepanjang Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, laporan berita itu tidak semestinya hanya menyentuh hal sukan sahaja, sebaliknya detik- detik manis dan menarik sepanjang […]