SARATOK: Program khas peralihan pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 bagi mendapatkan kelas B untuk motosikal berkuasa tinggi akan bermula 1 Oktober ini. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, antara syarat program ini adalah mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif selama sekurangnya 10 tahun dan tiada kes saman. […]
Sekolah antarabangsa Islam lahirkan pelajar berpengetahuan luas agama, duniawi
KUCHING: Masjid baharu yang akan dibina bersebelahan pusat membeli belah The Spring akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara khutbah Jumaat. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bertujuan memudahkan penduduk mualaf di situ memahami isi kandungan yang disampaikan semasa khutbah Jumaat. Ujarnya, perkara ini dilaksanakan kerana mengambil kira […]
Perkampungan Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat MADANI
KAPIT: Dua kontraktor berpangkalan di bahagian ini terpilih mengendalikan pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Kerja Raya (KKR). Projek itu akan dilaksana di perkampungan Nanga Engkuah, Ulu Katibas terdiri daripada rumah panjang (RH) Assan, RH Radiah dan RH Albert Lajong membabitkan seramai 658 orang. Menurut kenyataan media KKR, perkampungan tersebut terletak lebih kurang 50 […]
Masyarakat Spaoh mahu Agro Bank buka kembali cawangan
SPAOH: Agro Bank diminta membuka semula cawangannya yang ditutup di daerah ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah berkata, cawangan itu ditutup apabila Pejabat Daerah Kecil Spaoh lama dirobohbagi memberi laluan kepada pejabat baharu beberapa tahun lalu. “Pejabat baharu itu kini sudah siap dan masyarakat di sini menjangkakan bank itu […]
SUKMA XXI Sarawak pertama guna teknologi penyiaran bertaraf Olimpik
KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak bakal menjadi yang pertama menggunakan sistem teknologi penyiaran canggih bertaraf Sukan Olimpik. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah ini diharap mampu memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti perkembangan semasa temasya sukan itu. “Saya difahamkan teknologi yang digunakan adalah yang paling […]
Pelajari teknologi baharu pertanian menerusi MAHA 2024 mulai 11-22 September
LAWAS: Petani, nelayan dan penternak digalak mengunjungi pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024. Pameran itu akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) mulai 11 hingga 22 September ini. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pameran MAHA merupakan salah satu landasan untuk menimba […]
Sarawak kaji usaha pemuliharaan marin, pelancongan mampan
AUSTRALIA: Delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berlepas ke Australia untuk mengkaji usaha pemuliharaan marin dan pelancongan mampan. Bagi tujuan itu, delegasi telah melakukan lawatan penanda aras ke Terumbu Sawar Besar dan tapak pengurusan hidupan liar terkemuka di Queensland, Australia. Sebelum itu, rombongan delegasi tersebut diberi taklimat […]
Program baharu tingkatkan jumlah populasi negara akan diperkenal
KUCHING: Kadar kesuburan di negara ini masih rendah dengan seorang wanita hanya melahirkan seramai 1.6 orang anak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini mengikut kajian yang dilakukan oleh kementerian itu. “Bagaimanapun, di peringkat Asia kadar itu masih tinggi berbanding negara seperti Jepun, Singapura, Korea, dan banyak lagi,” katanya. Beliau […]
Bilangan KIR miskin tegar data e-Kasih berkurangan
SIBU: Inisiatif Kerajaan Sarawak diyakini akan terus mengurangkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di Sarawak dalam data e-Kasih tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, seramai 30,346 KIR miskin tegar dalam data itu pada 31 Januari 2023. Katanya, ini telah berkurangan kepada 3,571 KIR miskin […]
Dana khas bantu usahawan wanita Sarawak perluaskan perniagaan
SIBU: Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan dana khas sebanyak RM25 juta dalam bentuk pinjaman bagi menyokong usahawan wanita. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana itu buat mereka yang mencapai kejayaan dan mahu mengembangkan perniagaan di peringkat lebih tinggi. Menurutnya, pemohon hendaklah mempunyai rekod transaksi komersial yang baik serta menunjukkan inovasi […]
