Month: August 2024

Delegasi Sarawak ke Kongres dan Pameran Air Dunia di Kanada

TORONTO: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi ke Kongres dan Pameran Air Dunia (WWCE 2024) Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2024 di Pusat Konvensyen Metro Toronto di Toronto, Kanada. WWCE IWA 2024 merupakan acara dwitahunan global yang menarik profesional terkemuka, pemimpin, pihak berkepentingan dalam sektor air konvensional dan ramai lagi […]

Graduan IKMAS dinasihat tuntut ilmu hingga peringkat PhD

KUCHING: Graduan diploma dan sijil Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dinasihat tidak berhenti di institut itu dalam perjuangan menuntut ilmu. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebaliknya mereka diminta menuntut ilmu setinggi mungkin sebagaimana yang telah dicapai alumni-alumni IKMAS terdahulu. “Belajarlah sehingga sampai ke peringkat PhD kerana […]

SUKMA: Pasukan muay thai Sarawak sasar raih lebih dua pingat emas

BINTULU: Penambahan kategori baharu acara muay thai dijangka memberi peluang lebih besar buat Sarawak menambah koleksi pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024. Ketua Jurulatih Muay Thai Sarawak, Muhammad Azan Mohd Nazri berkata, kategori baharu itu adalah seperti Waikaru dan Muay Boran. Katanya, ini berikutan keyakinan prestasi semasa atlet yang sangat memberangsangkan, terutamanya selepas […]

15,000 permohonan diterima, 1,134 jawatan kosong ambilan khas Guru Sarawak 2024

KOTA SAMARAHAN: Setakat ini sebanyak 15,000 permohonan diterima bagi mengisi 1,134 jawatan kosong pengambilan khas Guru Sarawak 2024. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee berkata, ini adalah satu persaingan yang sengit dan berharap graduan yang tidak berjaya tidak putus asa. Pemilihan bukan berdasarkan keputusan akademik semata-mata kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan […]

UiTM anjur program CDBK, pererat hubungan dengan rakan strategik

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menganjurkan program ‘Come Discover Bumi Kenyalang 2024’ (CDBK 2024) mulai 11 hingga 17 Ogos ini. Program mobiliti pelawat antarabangsa itu merupakan usaha UiTM Global Cawangan Sarawak dan Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam. Ia adalah sebahagian daripada Projek Khas: Embracing Global 4 Supporting Staff (Supporting Staff Mobility Programme) Naib […]

KWSP terokai peluang pelaburan di Sarawak

KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dilaksanakan di negeri ini khususnya sektor tenaga yang boleh diperbaharui. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (KWSP) Ahmad Zulqarnain Onn berkata, Sarawak kini dilihat sebagai negeri yang berpotensi terutamanya dalam sektor tenaga berkenaan. “Tujuan KWSP datang ke sini untuk mempelajari strategi Sarawak terutamanya potensi […]

Usahawan jana pendapatan jualan kurang RM60,000 setahun dikategori Pico

KUCHING: Seramai 67,508 usahawan desa berdaftar dengan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di seluruh negara setakat ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata kebanyakan usahawan itukategori Pico yang memperoleh pendapatan jualan kurang dari RM60,000 setahun. “Sehingga 85 peratus adalah (usahawan kategori) Pico, maksudnya pendapatan untuk sara hidup sahaja dan […]

Mesyuarat agung ranting, cawangan perlu selesai selewat-lewat Disember ini

KUCHING: Semua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak diarah untuk mengadakan mesyuarat agung masing-masing mulai hari ini sehngga 31 Oktober depan. Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sejurus mesyuarat agung ranting masing-masing selesai akan disusuli mesyuarat cawangan di seluruh negeri ini. “Mesyuarat tersebut di kesemua 82 cawangan akan diadakan mulai […]

Lawat ladang hutan Penrose, Sarawak pelajari kaedah kurangkan kesan alam sekitar

CANBERRA, Australia: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta rombongan yang melawat Australia, semalam menjelajah kemudahan rekreasi hutan di Ladang Hutan Penrose di sini. Kemudahan di ladang hutan itu termasuk kawasan rekreasi pengembaraan, perkelahan dan program pendidikan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam memulihara hutan. Ini penting untuk dasar perhutanan mampan Sarawak susulan […]

Sarawak hasrat anjur wushu Sukan SEA 2027

KUCHING: Pusat Latihan Wushu Sarawak berpotensi dijadikan venue bagi penganjuran temasya Sukan SEA 2027 yang mana negeri ini akan menjadi penganjur bersama. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan hasrat tersebut setelah Pusat Latihan Wushu terbesar di Malaysia itu telah siap. Katanya, pusat latihan berkeluasan 3.1 ekar membabitkan […]