KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan perjumpaan dengan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Sungai Batang Kayan di sini, semalam. Perjumpaan itu bagi mengetahui perkembangan kejadian dan mendapatkan penjelasan berhubung insiden bot tambang karam yang berlaku awal pagi 20 Ogos lalu. Kejadian itu […]
Sarawak mahu terapkan konsep sukan masyarakat SUKMA 2024
KUCHING: Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berharap dapat menerapkan konsep sukan untuk masyarakat melalui temasya sukan itu. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini perlu dilihat dari prespektif menjadikan sukan sebagai medium penyatuan rakyat. Beliau berkata, ini kerana penyertaan SUKMA 2024 dari segenap lapisan masyarakat […]
Transformasi pertanian perlukan penglibatan sektor swasta
KUCHING: Transformasi pertanian moden memerlukan penyertaan aktif sektor swasta serta perkongsian global bagi mempercepatkan pengeluaran. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertanian moden dapat memperkukuhkan sektor makanan dan pertanian sebagai tunjang utama ekonomi negeri. Katanya, inisiatif modenisasi mampu mempercepatkan proses kerja terutamanya bagi tujuan eksport. “Visi kami adalah untuk memoden […]
Latih belia untuk percepatkan peralihan tenaga negara
KUALA LUMPUR: Program pendidikan fokus kepada kelestarian tenaga dan inovasi teknologi perlu diberi penekanan dan bukan hanya sebagai sampingan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, negara harus melengkapkan golongan belia bukan hanya setakat untuk pekerjaan tetapi juga untuk menghadapi cabaran masa hadapan. “Menyedari keperluan […]
SUKMA XXI: Jumlah insentif acara berpasukan diputus esok
KUCHING: Jumlah insentif kepada atlet Sarawak yang memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 akan diputus dalam mesyuarat kabinet esok. Perkara ini dinyatakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Bagaimanapun, beliau memberi bayangan nilai insentif untuk acara berpasukan mungkin berbeza daripada atlet acara individu. “Secara […]
Awang Bemee kunjungi Premier Sarawak, rakam penghargaan
KUCHING: Yang di-Pertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini. Kunjungan hormat itu bagi menzahirkan terima kasih kepada Abang Johari atas sokongan dan pencalonan kepada dirinya untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara bagi […]
Karya seni warga UiTMCS dipamer di Jakarta
KUCHING: Sebanyak 13 karya seni pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) dan artis Sarawak Artist Society (SAS) dipamer di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia. Menurut kenyataan media UiTM Cawangan Sarawak, karya seni terbabit ditampil pada pameran seni “Mapping Sarawak to the World, Jakarta” dan perasmiannya disempurnakan Duta Besar Malaysia di Jakarta, […]
MA63 tidak seharus ditafsir berdasarkan sentimen kenegerian
KUCHING: Perjanjian Malaysia (MA63) tidak seharusnya ditafsirkan berdasarkan sentimen kenegerian dan perspektif politik kepartian yang sempit. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini membabitkan beberapa perkara yang terkandung di dalam MA63 yang juga tidak seharusnya dipertikaikan. “Beberapa perkara yang terkandung di dalam Dokumen-Dokumen Perlembagaan berhubung MA63 yang tidak […]
Inovasi capai matlamat kelestarian tenaga – Fadillah
KUALA LUMPUR: Inovasi, penjanaan elektrik, automasi dan pendigitalan akan menjadi asas bagi Malaysia mencapai kelestarian tenaga pada masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof berkata, inisiatif dasar inovasi itu akan menyokong matlamat mencapai neutraliti karbon menjelang 2050. Di samping itu, mewujudkan peluang ekonomi lebih luas dengan anggaran pelaburan berjumlah RM40 bilion pada […]
Pemain sepak takraw wanita Sarawak raih pingat perak kedua
BINTULU: Pemain sepak takraw wanita Sarawak mendapat satu lagi pingat perak dalam perlawanan akhir acara quadrant wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Mereka terdiri daripada Anisclen Sophillia Siam Saliman dan Jeremiah Josiah Rolland di posisi Killer, Victoria Dibah Engkau di posisi Feeder serta Willcemina Lengi Au Anjan sebagai tekong. Dalam pusingan akhir itu, mereka ditewaskan […]
