Month: December 2024

Sarawak cadang hantar wartawan jalani latihan di London

KUCHING: Sarawak bercadang menghantar dua wartawan ke Universiti Oxford dan Cambridge, United Kingdom untuk menyertai program kewartawanan eksekutif eksklusif sebagai langkah meningkatkan kemahiran. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wartawan terpilih akan memulakan kursus selama sebulan yang direka khusus untuk mengembangkan pengetahuan mereka. Selain itu, meningkatkan kemahiran pengurusan data, dan […]

Tiga ADUN GPS jadi kelebihan daerah kecil Roban

ROBAN: Masyarakat di daerah kecil Roban mempunyai kelebihan di bawah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Parti Sarawak (GPS). Mereka ialah ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik dan ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, ini kerana tiga ADUN terbabit boleh […]

Dana Sejati Madani RM1.27 juta dilulus untuk JKKK Daerah Pusa

BETONG: Dana Sejati Madani berjumlah RM1.27 juta diluluskan untuk 13 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Pusa. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadilah Yusof berkata, ini melibatkan bantuan untuk program seperti Pertanian Pintar Fertigasi Cili, Perternakan Ikan Talapia Merah dan Kemudahan Sewaan PA System/Kanopi/Alat Muzik. “JKKK hendaklah memastikan peruntukan yang diberi diuruskan sebaik mungkin […]

SYStartup bentuk belia inovatif, kreatif

KUCHING: Program Youth Start Up (SYStartup), inisiatif Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) menjadi platform dalam melahirkan usahawan generasi baharu yang lebih berinovatif, kreatif serta berdaya saing. Menteri MYSED, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SYStartup 2024 yang bermula sejak 7 Disember lalu merupakan program komprehensif dilaksanakan oleh kementeriannya untuk memperkasakan usahawan […]

11 syarikat tandatangani ‘Aku Janji’ KITA GEMPUR

KUCHING: Sebanyak 11 syarikat minyak yang merupakan rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menandatangani ’Aku Janji’ KITA GEMPUR, hari ini. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, 11 syarikat itu meliputi Petronas, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Xcel, FIVE, PETROS, Buraq Oil, SMART dan Petro […]

Mambong berpotensi jadi pusat tanaman kopi Sarawak

KUCHING: Tanaman kopi berpotensi menjadi komoditi ekonomi utama di kawasan Mambong. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sejak diperkenal di Mambong beberapa tahun lalu, aktiviti penanaman kopi terbukti menjanjikan pendapatan luamayan. Dalam hal ini, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip […]

Akademik, integriti mantap asas pembentukan pelajar cemerlang

SIBU: Kejayaan graduan hari ini tidak hanya diukur melalui kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi pembentukan integriti dan prinsip moral yang kukuh. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kedua-dua elemen ini asas utama menjadi tunjang kepada kejayaan berterusan. Menurutnya, dalam era globalisasi ini, graduan perlu menjadi contoh teladan kepada masyarakat […]

Fadillah setuju jawatan tertinggi Parti PBB tidak dipertanding

PUSA: Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Sri Fadillah Yusof bersetuju agar jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Ke-16 parti pada Februari tahun depan. “Secara peribadi saya bersetuju jawatan Yang di-Pertua dan Timbalan Parti PBB tidak dipertandingkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas usul itu daripada Beting Maro […]

Penguatkuasaan barang kawalan pintu sempadan Sarawak, Sabah diperkasa

KUCHING: Kerajaan akan memperkasakan penguatkuasaan berkaitan barang kawalan di pintu sempadan di Sabah dan Sarawak bagi menangani isu ketirisan barang terbabit. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendekatan itu antara strategi yang diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan Barang Kawalan di Sabah, Sarawak dan Wilayah […]

CCUS sumber pendapatan baharu Sarawak

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi peneraju dalam sektor Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di rantau ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak akan memanfaatkan telaga minyak dan gas kosong yang banyak di perairannya untuk dijadikan tempat penyimpanan karbon. Ia sekali gus akan menjadi sumber pendapatan baharu untuk Sarawak, katanya. “Kita […]