KUCHING: Inovasi dan pelaburan akan meningkatkan kecekapan dan tindak balas ke atas sistem keselamatan sosial negara, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan, justeru amat penting bagi pembuat dasar menimbang cara menyesuaikan pembiayaan dan kerangka keselamatan sosial bagi menangani perubahan persekitaran tenaga kerja dan ekonomi digerakkan oleh kecerdasan buatan (AI). AI sangat diperlukan […]
Jualan makanan, minuman sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan
KOTA PADAWAN : Timbalan Premier Sarawak Prof. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengambil masa hampir dua jam untuk menyantuni penjaga yang menjual makanan dan minuman di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa dekat sini malam tadi. Pesta makanan dan minuman yang disertai 140 peniaga itu diadakan sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan. Karnival Tanglung dan […]
Kukuhkan perpaduan, eratkan kerjasama demi kemajuan negeri
SIBU: Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tunku Mohamad mengajak masyarakat pelbagai kaum khususnya golongan Melayu supaya terus mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Katannya, untuk membangunkan sesebuah wilayah ia tidak hanya bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur semata-mata, sebaliknya perpaduan kaum atau ummah juga penting. Selain itu katanya, pembangunan modal insan atau pendidikan juga penting, […]
Media pastikan penganjuran Para SUKMA sampai kepada rakyat
KUCHING: Pengamal media menjadi tulang belakang dalam memastikan setiap laporan sukan yang dipertandingkan sepanjang temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 2024 sampai kepada masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, laporan berita khususnya penyiaran amat mustahak agar kemeriahan Para SUKMA ini bukan sahaja dirasai warga di Kuching, malah di […]
Pelabuhan Miri bakal jadi hab pelancongan
MIRI: Pelabuhan Miri di Kuala Baram bakal mengubah wajah bandar peranginan itu dari sudut ekonomi dan pelancongan apabila ia siap dibina pada 2027. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelabuhan ini bukan sahaja akan menggerakkan aktiviti ekonomi tempatan malah berpotensi menjadi hab pelancongan utama kerana kedudukannya yang strategik sebagai lokasi […]
Klinik Kesihatan Sundar perlu dinaik taraf
LAWAS: Petronas diharap membantu menaik taraf Klinik Kesihatan Sundar yang amat diperlukan hampir 10,000 penduduk bagi mendapatkan rawatan di daerah kecil Sundar/Awat-awat di sini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, klinik dengan bangunan kecil serba uzur terbabit menerima dan merawat purata seramai 50 hingga 100 orang sehari. “Ramai (dapatkan rawatan di […]
Dewan Suarah Sibu boleh diubah suai
SIBU: Menteri Kebudayaan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan sekurang-kurangnya Dewan Suarah Sibu boleh diubahsuai sebagai venue menganjurkan acara kesenian lebih meriah. Beliau berkata, dengan memiliki venue sesuai, pihak penganjur mempunyai ruang mempamer seni persembahan lebih menarik dan tidak perlu bimbang tentang cuaca. Jika pusat seni persembahan yang sempurna […]
Para SUKMA XXI: 25 bas RapidKL diguna
KUCHING: Sebanyak 25 bas RapidKL yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) tiba di sini bagi kegunaan atlet dan pegawai temasya Para SUKMA XXI Sarawak mulai 20 hingga 28 September ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkhidmatan bas ini percuma atau tanpa melibatkan sewaan disediakan Rapid Bus Sdn Bhd […]
Penstabilan harga barangan Sarawak, Sabah, Labuan dibincang
KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini giat melaksanakan kajian terperinci mengenai strategi penstabilan harga barangan di Sarawak, Sabah dan Labuan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kajian itu dijangka selesai pada penghujung tahun ini. Menurutnya, hasil kajian itu kelak akan dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Penstabilan Harga […]
Lawas perlukan PPD segera
LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menzahirkan kebimbangan terhadap kekosongan jawatan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan dua pengetua di dua sekolah menengah di daerah berkenaan. Beliau berkata, kekosongan jawatan PPD dan dua pengetua itu perlu diisi segera bagi memudahkan operasi sekolah-sekolah di daerah ini. “Kekosongan jawatan PPD Lawas telah lama kosong termasuk dua […]
