Year: 2024

Kolej Islam Teknikal ditubuh, tingkat kemahiran anak Islam Sarawak

MUKAH: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak akan menubuhkan Kolej Islam Teknikal bagi mendidik dan mengangkat kedudukan anak-anak Islam di negeri ini. Beliau berkata, kolej itu akan memberi peluang kepada anak-anak Islam melaksanakan ajaran Al-Quran, ilmu dunia dan mempelajari ilmu akhirat. Ini akan meningkatkan martabat agama Islam supaya dihormati […]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam contoh terbaik aspek kehidupan

KUCHING: Umat Islam disaran memperkukuh ilmu dan kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar⁣ berkata, menelusuri sirah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kelahiran baginda merupakan satu nikmat dari Allah bagi umat manusia. “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi […]

Kerajaan Sarawak contohi Piagam Madinah dalam urus tadbir

LAWAS: Kerajaan Sarawak menolak fahaman ekstrim bagi memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum terus terpelihara. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah ini dilaksanakan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Kita memerintah dengan mengambil contoh Piagam Madinah dalam urus tadbir kerajaan kita yang […]

Dakwaan tidak berasas terhadap MOU peruntukan pembangkang

KUCHING: Kesemua dakwaan Ketua Pembangkang terhadap draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan adalah tidak berasas. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini merujuk kenyataan media Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk menolak MoU itu. “Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa […]

Acara menarik sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Gedong

GEDONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyertai penduduk di daerah ini pada perarakan kontinjen sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Gedong pada 22 September ini. Perkara ini dinyatakan Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi ketika berucap mewakili Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee pada majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat […]

Sarawak tidak menumpang kasih tubuh Malaysia

SRI AMAN: Sarawak tidak ‘menumpang kasih’ kerana bersama wilayah lain menubuhkan Malaysia sebagai negara berdaulat dengan perlembagaan sendiri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak memiliki sistem politik dan pentadbiran sendiri dengan persempadanan dan kependudukan yang jelas dan berikutan itu status Sarawak tidak dapat direndahkan sebagai entiti membentuk negara Malaysia. […]

Peryatim Kuching johan Tilawah Al-Quran, Nasyid Peringkat Negeri

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) akan memastikan Islam terus berkembang di bahagian ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak yang juga Pengerusi LAKIB, Iskandar Turkee berkata, ia merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul. “Saya yakin usaha mengembangkan Islam di Bintulu akan diperkukuhkan dengan sokongan ketua-ketua masyarakat dan kaum serta jabatan Islam,”katanya. Beliau berkata […]

Perkhidmatan psikologi kaunseling bantu tangani gelandangan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) digesa menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling bagi menangani isu gelandangan di negeri ini. Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana dalam kalangan gelandangan ini ada anak-anak yang hendak membantu mereka tetapi tidak sehaluan. “Jadi, mereka (gelandangan) lari dan merayau-rayau,” katanya. Beliau berkata demikian […]

Pembangkang tolak draf MoU: Fadillah tunggu surat rasmi

KUCHING: Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan pembangkang menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof bagaimanapun berkata, beliau akan menunggu surat rasmi berhubung perkara itu daripada pembangkang. ”Bila sudah ada surat rasmi daripada pihak pembangkang, saya akan membawa ke peringkat jawatankuasa majlis perundingan Kerajaan Perpaduan. […]