Month: January 2025

Misi bantuan ke kawasan terjejas banjir masih mencabar

KUCHING: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diminta berdaftar dengan agensi berkaitan untuk menerima bantuan kerajaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu termasuk bayaran RM1,000 bagi setiap keluarga terjejas. “Saya nasihatkan agar mereka mendaftar bagi membolehkan menerima bantuan. Kalau tidak berdaftar agak sukar bantuan dihulurkan. […]

Aset bantuan dihantar perkuat misi selamat mangsa banjir Bintulu

KUCHING: Aset bantuan dari Sibu dan Miri telah dikerah bagi memperkuatkan petugas dalam misi menyelamat mangsa banjir di Bintulu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, keperluan aset penting dalam usaha petugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan segera. “Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Bahagian Bintulu telah melakukan yang […]

658 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Suarah Bintulu

BINTULU: Segala keperluan asas akan disalurkan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, beliau akan memastikan bantuan ini sentiasa disalurkan kepada mereka. “Saya memastikan segala keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan perubatan akan sentiasa disalurkan kepada mereka […]

PPS tambahan dibuka jika PPS Dewan Suarah Bintulu penuh

BINTULU: Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka bagi memindah mangsa banjir di sini, setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB) Datuk Nyurak Keti berkata, PPS terbabit termasuk di Stadium Muhibah dan Dewan Suarah Bintulu. “PPS di Stadium Muhibah sudah penuh, jadi kami telah membuka PPS di Dewan Suarah Bintulu,” katanya ketika […]

ADUN Tupong lawat mangsa banjir PPS SK Sejijak

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman turun padang melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak di sini malam tadi. Difahamkan beberapa kampung di kawasan Tupong dilanda banjir iaitu Kampung Sinjan, KampungTanjong, Kampung Tupong Tengah, Kampung Tupong ulu, […]

Tanah runtuh: Kerajaan Sarawak hulur bantuan, ambil langkah berjaga-jaga

MIRI: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel turun padang memantau keadaan terkini Kampung Lereng Bukit susulan kejadian tanah runtuh, baru-baru ini. Dalam lawatannya ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) malam tadi, beliau diberi taklimat oleh Komander Operasi Bencana, ACP Alexson Naga Chabu mengenai kronologi kejadian serta perkembangan […]

Banjir: Jangan sebarkan maklumat tidak sahih, hubungi bilik gerakan

BINTULU: Orang ramai dinasihat supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan situasi banjir yang melanda bahagian ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB), Datuk Nyurak Keti, sebaliknya orang ramai harus berhubung terus dengan bilik gerakan operasi (JPBBB) untuk mendapatkan maklumat tepat. “Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang tidak betul, sebaliknya mendapatkan informasi yang tepat […]

Pantau kejadian tanah runtuh, banjir, turut simpati – Premier

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diarah memantau kawasan berisiko mengalami tanah runtuh di Miri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, arahan pemantauan itu bagi membendung tragedi serupa di Kampung Lereng Bukit di Miri, awal pagi Rabu lalu. “Ini terutamanya di kawasan berbukit dan tanah tinggi yang terdedah hujan […]