KUCHING: Masjid Darul Huda Kampung Siol Kandis yang menjadi simbol keprihatinan dan kerjasama erat antara kerajaan negeri, komuniti serta pewakaf tanah dirasmikan pada hari ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Masjid yang dibina dengan kos berjumlah RM5.2 juta itu bukan sahaja boleh menampung seramai 1,200 orang jemaah, malah juga […]
Uggah bantu 73 mahasiswa Dayak UM
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 73 mahasiswa masyarakat Dayak di Universiti Malaya (UM) pada Selasa lalu menerima bantuan kewangan daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Presiden Persatuan Alumni Dayak Universiti Malaya (PADUM), Coolplay Nyipa menyampaikan bantuan kewangan itu bagi pihak Uggah. Uggah yang juga penasihat PADUM adalah bekas pelajar UM. Hadir sama Timbalan Naib […]
Cahya Mata tingkat pengeluaran simen
KUCHING: Cahya Mata Cement Sdn Bhd (Cahya Mata Cement), anak syarikat milik Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata atau Kumpulan) akan meningkatkan kapasiti pengeluaran klinker tahunannya daripada 900,000 kepada 1.92 juta tan metrik. Pemangku Ketua Bahagian Simen, Cahya Mata, Choong Ju Tang berkata, peningkatan kapasiti itu membolehkan Cahya Mata Cement memenuhi permintaan simen di Sarawak […]
ADTEC Bintulu perlu sokong sektor strategik Sarawak
BINTULU: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu perlu menumpukan kepada pembangunan modal insan yang kompeten dan berkemahiran tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak , Iskandar Turkee, berkata, ini bagi menghasilkan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk menyokong sektor-sektor strategik Sarawak termasuk minyak dan gas, teknologi hijau, pembuatan moden, dan tenaga boleh diperbaharui. “ADTEC berperanan […]
Jambatan ikonik Sungai Bintangor buka peluang ekonomi
KUCHING: Jambatan ikonik Sungai Bintangor akan dijadikan kawasan tarikan pelancongan yang bakal memberi pulangan hebat dari segi ekonomi kepada warga Satok khususnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, prasarana baharu yang amat menarik itu bukan sahaja merancakkan ekonomi penduduk kawasan berkenaan malah mewujudkan suasana yang sangat cantik. “Sebelum ini, memang ada […]
Pendaftaran SKAS di Lawas lancar
LAWAS: Ahli-ahli Saberkas, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Sayap Pergerakan Belianya digesa turun padang membantu petugas Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menyemak kelayakan orang ramai yang hadir. Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB, Steve Lius berkata, tepat pada masanya Pemuda dan Belia di peringkat parti dan pertubuhan turun membantu menyumbang tenaga serta kemahiran […]
PCDS 2030 pelan tindakan Sarawak ke arah kemampanan
KUCHING: Sarawak kini teguh meletakkan dirinya sebagai peneraju global dalam kemampanan dan komited memajukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teras visi ini ialah dedikasi Kerajaan Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar yang membentuk tonggak asas Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030). Katanya, PCDS 2030 […]
Anggota APM, ATM bantu bersihkan rumah panjang terjejas banjir
KRIAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok membantu membersihkan Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik yang terjejas banjir, di sini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai 13 anggota bergotong-royong bersama 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan. “Gotong-royong hari ini melibatkan kerja-kerja mencuci perabot dan lantai kediaman […]
Kadar bantuan mangsa bencana dinaik
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menaikkan kadar bantuan bencana yang diagih melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana alam. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu diberi sebagai sokongan kewangan bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian dan memenuhi keperluan asas bagi mempercepatkan […]
Tenaga kerja inovatif pacu ekonomi Sarawak
KUCHING: Sarawak mahu menggerakkan ekonominya terus maju ke tahap yang lebih tinggi dengan memanfaatkan tenaga kerja inovatif. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, usaha ini memerlukan pembangunan tenaga kerja selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan global. Hanya melalui penghasilan produk bernilai tinggi dan pemerkasaan inovasi, Sarawak mampu meningkatkan taraf hidup […]
