Month: January 2025

Pelbagai projek mega dilaksana di Betong

BETONG: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya melaksanakan pelbagai projek mega di Zon Betong sejak Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerajui Kerajaan Sarawak lapan tahun lalu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, semua projek pembangunan itu sedang dilaksanakan dan akan siap mengikut jadual. Katanya, projek pembangunan itu […]

Premier Sarawak terima anugerah Felo Kehormat MIP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penganugerahan Felo Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertepatan kerana kepimpinannya yang cemerlang dalam membangunkan Sarawak. Jelasnya, Premier Sarawak antara tokoh yang telah membuktikan bahawa kestabilan politik penting untuk membolehkan kepimpinan menumpukan kepada pembangunan negeri, meneroka […]

14 premis makanan diiktiraf BeSS

KUCHING: Sebanyak 113 notis kesalahan di bawah Seksyen 47, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024 (Akta 852) dikeluarkan di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia dikeluarkan sejak 1 Oktober 2024 sehingga 25 Januari 2025. Notis itu membabitkan kompaun berjumlah RM27,750 dan dikeluarkan menerusi 823 operasi yang memeriksa sebanyak 18,010 […]

Jalan pesisir pantai Kampung Triso dinaik taraf

MALUDAM: Projek menaik taraf jalan pesisir pantai di Kampung Triso sepanjang 11.82 kilometer (km) dijangka siap pada 1 Disember 2026. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek dengan nilai kontrak sebanyak RM37,775,336.40 itu telah dimulakan kerja-kerja awal pada 2 Disember 2024. “Projek bertujuan menaik taraf dan menambah baik permukaan jalan […]

UNIMAS akan tawarkan Program Undang-Undang

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti pertama menubuhkan Fakulti Undang-Undang di negeri ini Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata sehingga kini, Program Undang-Undang masih belum ditawarkan di mana-mana universiti di Sarawak untuk mengisi kepakaran bidang undang undang. Katanya, ini terutama berkaitan isu-isu perundangan di Sarawak seperti Ordinan Tanah Sarawak, Undang-Undang […]

Kalimantan antara kelab sertai Cabaran Muaythai Tanjong Manis

SARIKEI: Acara perlawanan Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis bakal menarik ramai penonton yang akan berlangsung Sabtu ini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata, ini berikutan pendaftaran amat memberangsangkan acara itu hingga memenuhi stadium hari ini. “Kita jangka lebih ramai lagi yang akan datang nanti,” katanya. Beliau berkata demikian semasa meninjau persiapan menjelang […]

Inisiatif tenaga hijau Sarawak dibincang Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN

KUCHING: Penglibatan aktif Sarawak dalam pembangunan tenaga hijau termasuk hidrogen dan sumber tenaga boleh diperbaharui dijangka menjadi topik perbincangan pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN yang akan berlangsung di sini. Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Mastura Ahmad Mustafa berkata, inisitiaf Sarawak itu dijangka menjadi pemacu utama dalam pelbagai perbincangan ekonomi berhubung agenda […]

Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis perkenalkan Sarikei ke dunia luar

SARIKEI: Atlet dari sembilan kelab muaythai akan menyertai Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu di sini, Sabtu ini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata mereka termasuk dari Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia. “Penyertaan sembilan kelab muaythai dari dalam dan luar negara bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi […]