Month: January 2025

Pelbagai inisiatif bantu pesakit buah pinggang

KUCHING: Pelbagai inisiatif dirangka Kerajaan Sarawak untuk membantu pesakit buah pinggang agar golongan ini dapat menjalani kehidupan lebih bermaruah dan berkualiti. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan yang disediakan tidak hanya terhad kepada rawatan dialisis semata-mata, tetapi turut merangkumi sokongan perjalanan, pemasangan AVF serta pengagihan mesin dialisis baharu. […]

Kesejahteraan, kebajikan rakyat jadi keutamaan kerajaan

KUCHING: Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Sarawak. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui inisiatif murni ini, sebanyak RM460 juta diperuntukkan di bawah program SKAS yang memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 penerima. Katanya, langkah ini bukan sahaja […]

Kerajaan GPS tidak bercakap kosong

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan apa yang dicakap akan dilaksanakan bagi memastikan Sarawak mengecapi manfaat sumber gasnya daripada hanya mengeksport ke luar negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sr Abang Johari berkata, dengan siapnya loji gas pertama di negeri ini, Sarawak telah membuktikan dapat menjayakannya seperti yang diusahakan oleh syarikat besar. Dalam […]

Kampung Santubong lokasi projek perintis program saringan kanser serviks

KUCHING: Sarawak kekal sebagai antara negeri dengan kadar insiden kanser serviks tertinggi di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, melalui program saringan HPV DNA dari tahun 2019 hingga 2024 seramai 45,313 wanita di Sarawak menjalani ujian ini yang mampu mengesan jangkitan sehingga 10 tahun sebelum menjadi kanser. “Walaupun […]

Yayasan Sime Darby bantu laksana projek berimpak di Sarawak

KUCHING: Yayasan Sime Darby akan terus melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi di Sarawak melalui pelbagai industri yang mampu membantu memperkasa komuniti di negeri ini. Pengerusinya, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar berkata, sehingga kini Sime Darby telah menyalurkan sebanyak RM60 juta ke Sarawak melalui yayasan tersebut dengan tiga penyumbang terbesar iaitu Sime Darby […]

Program PERANTIS sasar lahir 100 tokoh wanita di Sarawak

KUCHING: Program ‘Women in Orange Economy’ (PERANTIS) 2025 menyasarkan untuk melahirkan 100 tokoh wanita dalam pelbagai bidang, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri. Ujarnya, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada wanita muda untuk menyerlahkan kreativiti dan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang, termasuk politik dan ekonomi. “Di Sarawak dan seluruh Malaysia, […]

448 penduduk Daro berjaya daftar SKAS

DARO: Seramai 448 orang penduduk daerah ini berjaya mendaftarkan aplikasi S Pay Global dan Sarawak ID melalui Program Engagement Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berakhir hari ini. Program bermula sejak 24 Januari lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Daro. Pejabat Daerah Daro menyediakan 20 kaunter di 11 lokasi sekitar daerah itu termasuk kawasan pesisir […]

56,044 penerima skim bantuan kebajikan 2024

SARATOK: Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak mengendalikan sebanyak 56,044 kes penerima skim bantuan kebajikan di negeri ini pada 2024. Skim itu ialah bantuan warga emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Am (BA), Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Skim Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara […]

Sukan pickleball semakin diminati

KUCHING: Seramai 190 peserta menyertai pertandingan pickleball DUN Tupong untuk merebut Piala YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman. Pertandingan itu merangkumi enam kategori iaitu Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Veteran Lelaki, Beregu Terbuka Wanita, Beregu Terbuka Lelaki, Beregu Terbuka Campuran dan Beregu Novis. Majlis perasmian pertandingan itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, […]