Month: March 2025

Sukan SEA 2027: Sarawak kekal anjur 18 acara, 7 sudah dikenal pasti

KUCHING: Sebanyak tujuh acara sukan dimuktamadkan akan diadakan di Sarawak pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027. Menurut Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, acara sukan tersebut adalah tenpin boling, renang, terjun, kriket, taekwondo, memanah dan menembak. Katanya, pemilihan acara diputuskan setelah menilai venue dan fasiliti di sini […]

Penuntut IPT disaran daftar S Pay Global

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Sarawak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disaran mendaftar dengan aplikasi e-dompet S Pay Global. Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, aplikasi tersebut mungkin digunakan untuk menyalurkan bantuan RM1,200 kepada pelajar Sarawak. Katanya, dengan mendaftar awal akan memudahkan pelajar menerima bantuan tersebut sebaik sahaja dilancarkan dalam […]

Switzerland, Sarawak bekerjasama bangun tenaga hijau

KUCHING: Kerjasama erat dengan Switzerland akan membantu mempercepatkan inisiatif hijau dan menyumbang kepada agenda kelestarian global, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni. Beliau berkata, Sarawak kini aktif dalam usaha membangunkan tenaga diperbaharui menggunakan teknologi terkini. Kerangka strategik dan kemajuan yang disusun bertujuan meningkatkan penyelesaian kelestarian tenaga, katanya dalam […]

Juara pertandingan pintu gerbang DUN Kalaka bakal terima hadiah lumayan

SARATOK: Sebanyak 14 kampung menyertai pertandingan pintu gerbang sempena Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, tema pertandingan tahun ini adalah ‘Sarawak Maju Makmur’ dan pemarkahan dinilai berdasarkan reka bentuk, kreativiti, keceriaan dan keselamatan pintu gerbang. “Hari ini, saya meninjau suasana gotong-royong di […]

2025 tahun menuai projek jambatan – Douglas Uggah

SARIKEI: 2025 menjadi tahun buat Sarawak menuai projek-projek pembinaan jambatan, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Ini kerana katanya, menjelang akhir tahun ini, tujuh lagi projek jambatan dijangka siap di seluruh negeri dan dibuka kepada awam. “Kita telah membuka empat termasuk jambatan ikonik Bintulu-Jepak di Bintulu baru-baru ini. “Yang lain ialah Muara […]

Simulasi Ops Semut 1945 imbau sejarah Perang Dunia Kedua Sarawak

KUCHING: Detik bersejarah Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 (Ops Semut 1945) semasa Perang Dunia Kedua di Sarawak perlu dikenang oleh masyarakat khususnya generasi muda hari ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, keterlibatan penduduk tempatan dan pasukan keselamatan dalam menentang penjajahan tentera Jepun ketika itu telah membuka lembaran di […]

Isu dihadapi industri perumahan dan hartanah akan ditangani

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu-isu yang dihadapi industri perumahan dan hartanah hari ini. Jaminan itu disuarakannya kepada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) setelah mengambil maklum tentang isu-isu yang dihadapi oleh pemain industri terutama isu Ganti Rugi Ditentukan (LAD). Menurut Naib […]

Uggah bimbang Jambatan Batang Paloh lewat 96 hari

MUKAH: Kontraktor yang bertanggungjawab dalam pembinaan Jambatan Batang Paloh diarahkan untuk melipatgandakan usaha agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual pada Mac tahun depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan, kontraktor perlu menambah jentera dan peralatan yang diperlukan serta meningkatkan waktu kerja bagi memastikan projek ini tidak terus mengalami kelewatan. “Saya amat […]

Pupuk semangat cintakan Al-Quran

DARO: Seramai 26 peserta menamatkan bacaan Al-Quran dan mendalami ilmu agama di Majlis Khatam Al-Quran anjuran Surau Darul Makmur, Kampung Itol, di sini, semalam. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang merasmikan majlis tersebut turut menyampaikan saguhati kepada imam dan peserta. Ia disusuli berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat. Beliau juga meluangkan masa beramah mesra […]

Premier Sarawak dijadual rasmi sambutan Hari Wanita Sarawak, 26 April depan

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Johari Tun Openg bersama Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijadual merasmikan Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) di Hotel UCSI pada 26 April depan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, sambutan bertemakan ‘Sarawak Women Creating Legacies’ itu […]