DARO: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) memperuntukkan sebanyak RM105,000 bagi menjayakan ibadah korban tahun ini. Ia melibatkan 14 masjid dan surau serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro antara penerima sumbangan. Sumbangan tersebut akan digunakan bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha nanti. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad […]
14 orang terima surat tawaran rumah SPK Maludam
MALUDAM: Seramai 14 orang telah menerima surat tawaran Rumah SPEKTRA Permata (RSP) Skim Pembesaran Kampung (SPK) Maludam fasa pertama. Program penyerahan surat itu dan cabutan lot penerima terbabit dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di Perpustakaan Desa, Kampung Maludam, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata ini adalah komitmen […]
Pegawai polis Bukit Aman lawat pondok, pos kawalan di Ba’kelalan
LAWAS: Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Bukit Aman mengadakan lawatan kerja ke Pondok Polis Ba’kelalan dan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ba’kelalan, di sini, semalam. Rombongan diketuai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Bukit Aman, CP Dato Seri Sahabudin Abd Manan dan disertai pegawai tinggi polis iaitu SAC Zulkifli Abu Bakar, ACP Alias Mohamad […]
Sarawak rancang taja wartawan jalani program eksekutif ke luar negara
KUCHING: Dalam usaha memperkasa kualiti dan profesionalisme kewartawanan di negeri ini, Kerajaan Sarawak merancang untuk menaja wartawan tempatan mengikuti program latihan eksekutif di luar negara. Berita gembira itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambil menambah, inisiatif tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama badan-badan wartawan di Sarawak, bertujuan memberikan pendedahan antarabangsa […]
Sarawak bantu ASEAN bangunkan ekonomi hijau
KUCHING: Sarawak bersedia untuk memberi sumbangan kepada pemimpin di wilayah ASEAN dalam membangunkan agenda ekonomi hijau, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak boleh dijadikan rakan penting di wilayah ASEAN susulan kejayaannya membangunkan tenaga diperbaharui, merintis kerangka kerja pengurusan karbon dan menerajui Perdagangan, Penyimpanan dan Perangkap Karbon (CCUS). “Kejayaan […]
151 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Seramai 151 individu dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung hari ini. Majlis pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya. Mendahului senarai penerima ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.1 Tanjong […]
Putrajaya heret bayaran interim selama 5 tahun
LATAR BELAKANG Berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditandatangani 62 tahun lalu, dan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah atas nama ‘pemberian khas’. Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali. Bagaimanapun, banyak tahun bayaran itu tidak ditunai oleh Kerajaan Persekutuan. Bayaran pertama dibuat pada 1965 sebanyak […]
Penstrukturan semula organisasi SEB
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjalani proses semakan dan penstrukturan semula organisasi sebagai sebahagian daripada usaha strategik memperkukuh dominasi negeri ini dalam sektor tenaga bertaraf global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa langkah ini diambil berikutan pengaruh Sarawak yang semakin berkembang dalam arena tenaga serantau. “Antara perubahan yang […]
Sarawak miliki autonomi penuh edar gas, tidak tertakluk Akta Bekalan Gas 1993
KUCHING: Sarawak kini memiliki autonomi penuh dalam pengedaran gas dan tidak lagi tertakluk kepada Akta Bekalan Gas 1993 serta Akta Pembangunan Petroleum 1974. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan bahawa perkara itu dimuktamadkan menerusi Deklarasi Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang mengiktiraf Ordinan Pengedaran Gas (DGO) 2016 sebagai […]
Ekonomi Sarawak catat pertumbuhan kukuh
KUCHING: Ekonomi Sarawak terus menunjukkan ketahanan dengan pertumbuhan kukuh yang disokong permintaan domestik serta pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik oleh kerajaan negeri. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ekonomi negeri berada pada landasan positif, diunjur berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2024, dipacu oleh semua subsektor […]
