KUCHING: Sebahagian kawasan tanah di Gunung Poi yang dikenal pasti sebagai tanah hak adat Bumiputera (NCR) bakal dikeluar daripada status Hutan Simpan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS). Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Beliau yang juga Menteri […]
DUN Sarawak: Penggubalan RUU bersifat menyeluruh – Premier
KUCHING: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) oleh Kerajaan Sarawak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi manfaat bukan memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 antaranya akan memastikan RUU tersebut lebih tersusun dari sudut pemberian amanah tanah. “Ini tidak semestinya […]
Rumah Terbuka Gawai Dayak 1 Jun, Program Niti Daun 21 Jun
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat delegasi Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Premier Sarawak menghadiri beberapa acara utama sempena sambutan Gawai Dayak […]
‘Op Lancar’ sempena Gawai tumpu kawasan kerap kemalangan
KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak akan mengadakan ‘Op Lancar’ sempena sambutan perayaan Gawai Dayak bermula 30 Mei sehingga 4 Jun ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, ini khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan operasi ini akan melibatkan semua daerah di Sarawak. “Lebih kurang 350 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Sarawak akan terlibat,”katanya […]
Tiga IPT milik Sarawak bakal tawar kursus percuma mulai 2026
KUCHING: Mulai tahun 2026, kira-kira 82 peratus program pengajian di tiga institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh Kerajaan Sarawak bakal ditawar secara percuma menerusi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES). Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah itu dilaksanakan secara bersasar bagi memastikan pelajar menyertai bidang pengajian yang […]
Ranting Parti PBB Kampung Serembang lawat DUN Sarawak
KUCHING: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Serembang mengadakan lawatan ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semasa Persidangan DUN Ke-19 di sini, semalam. Seramai 20 jawatankuasa ranting dan wanita kemudian berpeluang menyaksikan ucapan penggulungan daripada beberapa menteri yang mengambil bahagian pada sidang DUN Sarawak. Selain itu, mereka turut berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin […]
Tiada sijil lahir antara sebab permohonan DSITKS ditolak
KUCHING: Sebanyak 95 permohonan bagi mendapatkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 19 Mei 2025. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 35 permohonan atau 36.8 peratus diluluskan, manakala baki 60 permohonan (63.2 peratus) […]
Premier akan bangkitkan masalah pelajar di Sabah pada Menteri Pendidikan Tinggi
KUCHING: Premier Sarawak akan membantu mengangkat isu masalah bekalan air dihadapi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Menteri Pendidikan Tinggi. Dalam kenyataan media Pejabat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mengambil maklum mengenai surat terbuka daripada seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan dakwaan masalah bekalan air untuk pelajar di […]
Sarawak buat persediaan rapi hos Sukan SEA 2027
KUCHING: Sarawak sedang membuat persiapan rapi sebagai hos temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027, dengan memastikan segala aspek penganjuran mencapai standard bertaraf dunia. Bagi tujuan itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan, kementeriannya sedang membuat perancangan untuk melakukan lawatan penanda aras ke Thailand yang menjadi tuan rumah […]
Abdullah sumbang ikan lumek salai kepada wakil rakyat, ketua jabatan
KUCHING: Sebanyak 200 kilogram ikan lumek salai dari Pulau Bruit diagihkan kepada semua wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19. Ia sumbangan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol sebagai momento istimewa […]
