Month: May 2025

Projek BCCK2 giat dilaksana, dijangka siap Mac 2028

KUCHING: Projek pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 2 dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2028. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek itu bakal mengukuhkan lagi peranan Kuching sebagai hab penganjuran persidangan dan acara antarabangsa di rantau ini. “Projek itu berharga RM550 juta dan sedang rancak […]

Sarawak bakal terima dua unit pertama ART tahun depan

KUCHING: Sarawak dijangka menerima dua unit pertama gerabak Transit Aliran Autonomi (ART) menjelang suku pertama 2026 sebagai sebahagian pelaksanaan awal sistem pengangkutan berasaskan hidrogen di negeri ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin dalam sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Menurutnya, […]

Batik Air bakal lancar laluan baharu hubungkan Subang dan Kuching

KUCHING: Batik Air bakal melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Subang dan Kuching bermula 28 Julai ini, sekaligus menambah pilihan perjalanan udara ke negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, sehingga suku pertama tahun ini, Sarawak menerima sebanyak 37 penerbangan antarabangsa setiap minggu, selain purata 427 penerbangan domestik mingguan dari pelbagai negeri […]

NACO kaji kebolehlaksanaan Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching

KUCHING: Kerajaan Sarawak melantik syarikat perunding antarabangsa dari Belanda, NACO (Netherlands Airport Consultants) bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching. Menteri Pengkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin berkata, surat lantikan telah diserahkan kepada NACO pada 21 Mei lalu. Katanya, syarikat itu akan bekerjasama dengan perunding tempatan – Jurutera Jasa […]

Sarawak tuan rumah Persidangan Rabies Borneo Oktober depan

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Persidangan Rabies Borneo edisi keempat yang dijadual berlangsung pada 30 hingga 31 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Ia sekali gus memperkukuh usaha berterusan membanteras penularan rabies di rantau ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penganjuran persidangan tersebut […]

Tindakan tegas terhadap pihak gagal patuhi keperluan pelesenan gas

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bertegas akan memastikan segala undang-undang dan peraturan berkaitan pengawalseliaan industri pengedaran gas di Sarawak dipatuhi sepenuhnya. Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pengawalseliaan aktiviti pengedaran gas di negeri ini tertakluk kepada Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016. Fungsinya setara Akta Bekalan Gas 1993 di peringkat Persekutuan namun tidak terpakai […]

Perpaduan kaum ibarat taman dipenuhi bunga, sumber kekuatan Sarawak

LAWAS: Perpaduan kaum merupakan sumber kekuatan kepada kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Sarawak yang perlu dipertahankan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, berikutan itu perpaduan kaum di Sarawak ibarat taman yang dipenuhi pelbagai bunga. “Kalau taman itu dipenuhi bunga-bunga berwarna warni kita pun sedap tengok. Inilah keadaan kita. Jadi kita […]

RM550 juta teruskan projek ALAF

KUCHING: Eksport tenaga elektrik merentasi sempadan bagi merealisasikan matlamat Grid Tenaga Borneo (BPG) dan Grid Tenaga ASEAN (APG) akan dipergiatkan untuk meletakkan Sarawak sebagai ‘Battery of ASEAN’. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Sarawak telah mengeksport lebih kurang 100 megawatt (MW) tenaga ke Kalimantan Barat sejak 2016 dan akan mengeksport ke Sabah […]

10 Ahli Dewan DBKU baharu angkat sumpah

KUCHING: Seramai 10 orang dilantik sebagai Ahli-Ahli Dewan baharu bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi tempoh 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028. Majlis pelantikan itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. Majlis bertujuan memperkenalkan serta mengesahkan pelantikan barisan […]

Ujian Pertama UP-DLP bermula 15 dan 16 Oktober depan

KUCHING: Sarawak akan memulakan Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UP-DLP Sarawak) bagi murid Tahun Enam di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) Sarawak pada 15 hingga 16 Oktober depan. Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, penilaian julung kali diadakan ini merupakan langkah penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan […]