Month: May 2025

Majlis kesyukuran Sambutan 70 Tahun MIS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, malam ini. Majlis bermula pada jam 6.45 petang itu dimulakan dengan laungan azan dan […]

Rumah panjang tubuh sukarelawan MyChampion COMBI di Daro

DARO: Sebanyak tiga rumah panjang di Daro telah menubuhkan pasukan sukarelawan MyChampion Perubahan Tingkah Laku (COMBI). Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, rumah panjang tersebut ialah Rumah Dawi/Jaul, Rumah Jelam dan Rumah Lawrence. “Penglibatan mereka dalam kalangan masyarakat setempat merupakan salah satu strategi yang peka dan prihatin untuk melaksanakan aktiviti pencegahan denggi,” katanya. Beliau […]

Pejabat Pentadbiran Lawas dijangka beroperasi Ogos depan

LAWAS: Kerajaan Sarawak terus komited meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam dengan membangunkan Pejabat Pentadbiran Lawas yang dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata, bangunan itu bakal menempatkan 16 jabatan dan agensi kerajaan negeri serta dilengkapi kemudahan moden yang menyokong pelaksanaan tugas secara lebih […]

Jambatan Batang Saribas 1 dibuka kepada umum, kurangkan masa perjalanan feri

PUSA: Penantian warga Pusa dan Beladin untuk menggunakan Jambatan Batang Saribas 1 menjadi kenyataan selepas dibuka secara rasmi kepada umum hari ini. Majlis prapelancaran jambatan bernilai RM375.5 juta sepanjang 1.55 KM itu dilakukan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Dalam sidang media, Uggah berkata pembinaan jambatan tersebut merupakan inisiatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

Semangat juang Empiang sumber inspirasi wanita Dayak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan bekas Ahli Dewan Negara, Tan Sri Empiang Jabu seorang wanita luar biasa yang bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat Dayak, malah seluruh wanita di Sarawak. Katanya, Empiang telah memberikan sumbangan besar dalam memperkasa wanita Dayak, khususnya melalui kepimpinan dan semangat juangnya yang tidak pernah […]

Lawas alami transformasi pembangunan, peluang kerja ditawar

LAWAS: Bandar Lawas bakal mengalami transformasi menyeluruh apabila pelbagai projek pembangunan dilaksana merangkumi kawasan bandar serta seberang Batang Lawas. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembangunan ini bukan sahaja akan memperkukuh kemudahan asas, malah membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menikmati kemajuan secara inklusif. “Jambatan yang sedang dibina akan menghubungkan […]

Belia pemacu pembangunan mampan – Len

KUCHING: Generasi muda kini dilihat sebagai pemacu utama pembangunan Sarawak yang lebih lestari dan inklusif, menerusi penyertaan aktif dalam bidang inovasi dan keusahawanan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, Len Talif Salleh berkata, usaha mereka bukan sahaja memberi impak kepada diri, tetapi turut mencorak masa depan negeri secara menyeluruh. […]

TEGAS bantu lahirkan belia industri, tenaga kerja berdaya saing

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengalu-alukan kehadiran tiga delegasi penting ke TEGAS Digital Village (TDV), menandakan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasakan belia dan memperkukuh pembangunan ekonomi digital di Sarawak. Delegasi pertama terdiri daripada wakil German-Malaysian Institute (GMI) yang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang. Pertemuan ini merupakan susulan kepada lawatan hormat […]

Sarawak dahului negeri lain jadi pengeluar utama minyak sawit

LUBOK ANTU: Sarawak kini mendahului negeri lain sebagai pengeluar utama minyak sawit negara berdasarkan keluasan kawasan penanaman, sekali gus mengatasi dominasi Sabah dalam sektor komoditi tersebut. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keupayaan negeri ini terbukti menerusi nilai eksport minyak sawit yang dicatatkan mencecah RM14.3 bilion pada tahun lalu, seperti […]