Month: March 2026

Belia penerus masa depan negara

LAWAS: Belia terutama di Lawas disaran turut sama memainkan peranan sebagai penyambung masa depan negara dengan memupuk semangat tanggungjawab bersama demi membangunkan masyarakat yang lebih sejahtera. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak akan terus memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif serta […]

Sarawak nikmati kenaikan bantuan tanam semula getah RISDA

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan MADANI memperkukuh komitmen dalam memperkasa sektor pekebun kecil apabila menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah Lembaga Kemajuan Getah Pekebun Kecil (RISDA) di Sarawak daripada RM14,805 kepada RM23,000 sehektar. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 55 peratus. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan […]

211 keluarga disenarai penerima Skim Bantuan Tanaman Baharu Kelapa Sawit

SPAOH: Seramai 211 keluarga di kawasan Bukit Saban disenarai sebagai penerima Skim Bantuan Tanaman Baharu Kelapa Sawit dengan keluasan maksimum dua hektar bagi setiap keluarga. Ini dalam usaha memperkukuh ekonomi luar bandar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan masyarakat rumah panjang menerima sokongan pembangunan yang […]

Taman Selera Harmoni muncul sebagai hab halal pertama Sibu

SIBU: Penubuhan Hab Halal pertama di Sibu di Taman Selera Harmoni berpotensi sebagai platform penting mempromosikan produk tempatan ke pasaran yang lebih luas. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, malah ia merupakan langkah yang amat signifikan. Katanya, industri halal kini merupakan salah satu sektor ekonomi yang berkembang pesat di […]

Program Kelam Carbut Belia Tupong medium lahirkan generasi niaga berdaya saing

KUCHING: Program Kelam Carbut Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N6 Tupong menjadi medium untuk melahirkan generasi belia yang lebih proaktif, berdaya saing selain berdaya saing. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N6 Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, aktiviti itu juga mampu merancang dan melaksanakan program komuniti […]

Majlis ‘bersungkey’ perkukuhkanperpaduan, himpunkan masyarakat

KUCHING: Kira-kira 110 tetamu jemputan pelbagai latar belakang masyarakat menghadiri majlis bersungkey anjuran Senator Dato’ Ahmad Ibrahim di Kenyalang Cafe Raia Hotel, di sini, malam ini. Penganjuran majlis tersebut menurut beliau merupakan tradisi yang dilaksanakan lebih 20 tahun lalu oleh beliau di pelbagai lokasi sekitar Kuching. Ia bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk persefahaman antara masyarakat […]

Pusat dialisis Islamik bantu pesakit buah pinggang di Bintulu

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) merancang menubuhkan sebuah pusat dialisis Islamik di ruang bangunan Martabat Bintulu di sini. Ini bagi membantu pesakit buah pinggang, khususnya dalam kalangan masyarakat kurang berkemampuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata cadangan tersebut mendapat sokongan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam […]

Berdepan kos sara hidup meningkat, kerajaan cari mekanisme ringankan beban rakyat

ASAJAYA: Kerajaan sentiasa mencari mekanisme terbaik bagi membantu meringankan beban rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kenaikan harga minyak dan barangan yang berlaku ketika ini turut dipengaruhi faktor luaran termasuk konflik geopolitik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada […]

Sumbangan Ramadan bantu sokong aktiviti keagamaan, kemasyarakatan

DARO: Sebanyak 21 masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan dana berjumlah RM123,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan serta persiapan Hari Raya tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan tersebut pada Majlis Iftar Jalinan Ukhwah 2026M/1447H anjuran Lembaga Amanah Kebajikan […]