Month: March 2026

“Berambeh Sungkey” UKAS rapatkan agensi kerajaan, komuniti

KUCHING: Program Rakan UKAS “Berambeh Sungkey” anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak berjaya menjadi platform berkesan dalam merapatkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan komuniti. Selain itu, pada masa sama menyalurkan maklumat tepat mengenai dasar serta inisiatif semasa kerajaan kepada rakyat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol […]

Lapan asnaf perumahan Apollo Sibu terima bakul makanan

SIBU: Seramai lapan asnaf terpilih dari sekitar perumahan Apollo Sibu menerima bakul makanan yang disumbangkan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Datuk Michael Tiang Ming Tee di Sibu , semalam. Penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Darul Firdaus kepada Pengerusi Masjid berkenaan Junaidi Mokhtar. Sumbangan tersebut sebagai […]

SKAS bantu 5,802 penerima di Matu, manfaatkan bantuan

MATU: Seramai 5,802 penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di daerah ini menerima bantuan kewangan yang diagihkan mengikut kategori masing-masing dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Daerah Matu. Majlis yang berlangsung semalam itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr. Juanda Jaya. […]

Program Cahaya Prihatin SABERKAS Samariang inisiatif bantu golongan memerlukan

KUCHING: Inisiatif SABERKAS Cawangan Samariangmenganjurkan program berteraskan kebajikan dan kesukarelawanan memberi manfaat kepada masyarakat wajar dicontohi badan bukan kerajaan lain. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Program Cahaya Prihatin SABERKAS Samariang 2026 antara inisiatif badan itu untuk menyumbang kepada masyarakat. “Melalui program ini, […]

Pelajar, penduduk sertai Program ‘Cinta Amal Cahaya’

​LUNDU: Seramai 220 pelajar sekolah dan penduduk menyertai Program Cinta Amal Cahaya di Surau Darul Makmur, Kampung Pandan, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan penangguhan program selama dua hari anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL). Manakala, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang […]

Penerima SKAS perlu bijak berbelanja

SIBU: Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dinasihat supaya menggunakan bantuan itu dengan sebaiknya. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, bantuan tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. “Tahun ini, nilai bantuan bagi kategori isi rumah dinaikkan daripada RM800 kepada RM950.Bagi kategori warga emas dan […]

Mangsa kebakaran Taman Sentosa Indah dibantu

SIMANGGANG: Keprihatinan terhadap nasib mangsa kebakaran yang menimpa sebuah keluarga di Taman Sentosa Indah, Lorong 1 baru-baru ini mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menyalurkan sumbangan. Menurut Dayang Noorazah, kunjungan tersebut untuk menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa yang sedang melalui saat sukar selepas tragedi kebakaran yang […]

Bekalan gas negara cukup untuk operasi loji jana kuasa

PUTRAJAYA: Bekalan elektrik negara pada masa ini tidak terjejas dengan penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran semasa krisis geopolitik di Asia Barat. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) juga sedang memantau rapi perkembangan krisis itu khususnya susulan penutupan laluan berkenaan 2 Mac lalu yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global. Timbalan Perdana Menteri yang […]

Program Sinaran Aidilfitri Pemuda Samariang ceriakan kanak-kanak sambut Aidilfitri

KUCHING: Seramai 150 kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan dibawa membeli pakaian raya di pusat beli-belah AEON di sini hari ini, menerusi Program Sinaran Aidilfitri. Program anjuran Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di N7 Samariang itumemilih anak-anak dari 22 ranting dengan setiap ranting menghantar lima orang bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri. […]