Month: March 2026

Kerajaan ambil langkah berjaga-jaga hadapi kesan perang di Teluk

KUCHING: Kedudukan ekonomi dan kewangan yang baik dijangka membantu negara ini bertahan menghadapi kesan peperangan membabitkan negara Iran di Teluk. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, berikutan itu negara ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya perang terbabit berlarutan. “Kita melihat di rantau ini, kita mampu bertahan tapi pada masa sama kita kena mengambil langkah […]

Kaedah baik pulih jalan hubung Kampung Paloh, Batang Maro dan Perpat dibincang

SARATOK: Kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan utama yang menghubungkan Kampung Paloh, Batang Maro dan Perpat dijangka dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, beliau menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini bagi memohon agar jalan tersebut diselenggara segera memandangkan ia merupakan laluan utama penduduk di kawasan berkenaan. Menurutnya, […]

Peningkatan peruntukan SKAS legakan penduduk luar bandar

TANJUNG MANIS: Peningkatan jumlah peruntukan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melegakan rakyat, khususnya penduduk di luar bandar yang turut menerima manfaat daripada inisiatif kebajikan kerajaan negeri itu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh berkata, bantuan tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan […]

Tidak ada alasan lengahkan projek air, elektrik

KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air dan elektrik di Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa projek bekalan air yang tergendala pelaksanaannya juga akan diteliti bersama kerajaan negeri. “Bekalan air dan elektrik rakyat mesti dijamin; tiada alasan untuk melengah-lengahkan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Berbuka […]

Laporan projek air Sarawak perlu disiapkan segera – Fadillah

KUCHING: Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof. Katanya, langkah itu bagi meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan rakyat. Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Pembangunan Negeri yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan […]

Semangat setiakawan Sarawak, Kerajaan Persekutuan berjaya selesaikan beberapa perkara

KUCHING: Pertemuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak pada Mesyuarat Pembangunan Negeri yang berlangsung di sini, hari ini membincangkan beberapa perkara berhubung kerjasama kedua-dua pihak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi mesyuarat itu ada beberapa isu utama diselesaikan dengan baik. “Pada hari ini, kita ada mesyuarat bersama Perdana Menteri […]

Kerajaan Sarawak peruntuk RM2.65 juta sebulan bantu golongan sasar di Sri Aman

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan sistem sokongan sosial apabila agihan bantuan kebajikan bulanan di Bahagian Sri Aman mencecah RM2.65 juta sebulan, setakat Februari tahun ini. Ia memanfaatkan 5,820 penerima. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, berkata komitmen itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2,658,600 sebulan bagi memastikan kebajikan golongan memerlukan seperti kanak-kanak, […]

Sumbangan Aidilfitri kepada 26 masjid, surau di Semop

PULAU BRUIT: Sebanyak 26 masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop menerima sumbangan dana berjumlah keseluruhan RM43,000 bagi menjayakan Majlis Pagi Hari Raya di peringkat komuniti menerusi majlis penyampaian di sini hari ini. Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan […]

Aktiviti gotong-royong perkukuhkan perpaduan masyarakat

KUCHING : Aktiviti bergotong royong seperti memasak bubur lambuk mampu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS) Awang Ikman Awang Sepian berkata, akitiviti ini juga dapat menjalin kerjasama erat antara kakitangan dan penggiat seni di negeri ini. “Selain menepati tuntutan agama untuk bersedekah, tradisi bubur lambuk dapat memupuk semangat […]