Month: June 2026

Dana MRP perkasa pendidikan, pembangunan belia di Layar

BETONG: Sektor pendidikan dan aktiviti belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar diperkasa menerusi penyaluran dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM245,000. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkata, bantuan itu mencerminkan komitmen dalam memperkukuhkan sektor pendidikan sebagai asas pembentukan modal insan berkualiti. Menurut beliau, Sarawak kini […]

Bintulu penggerak era perindustrian

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg percaya Sarawak akan menjadi salah satu daripada penggerak utama dalam era perindustrian baharu dengan Bintulu sebagai modelnya. Beliau berkata, kejayaan mewujudkan beberapa industri berintensifkan tenaga di Bintulu boleh dijadikan model membantu membangunkan industri berdaya saing dan industri karbon rendah di Asia. Bintulu akan menjadi […]

Dua muzium baharu berjaya pikat pelancong, rekod 53,000 pengunjung sehingga 31 Mei lalu

KUCHING: Dua muzium baharu di Sarawak yang diperkenalkan pada tahun lalu dan tahun ini mencatat sambutan menggalakkan apabila merekodkan lebih 53,000 pengunjung sehingga 31 Mei 2026. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Muzium Industri Limbungan Brooke yang dibuka pada 20 April 2026 menerima 37,126 pengunjung, sekali gus […]

Kestabilan politik, perpaduan perkukuhkan kesejahteraan rakyat

KUCHING: Suasana di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang menjadi tumpuan apabila Konvensyen Graduan Melayu Sarawak menghimpunkan pelbagai pihak bagi membincangkan peranan komuniti serta masa depan pembangunan pendidikan dan modal insan di negeri ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, penganjuran program seumpama itu memberi ruang penting kepada masyarakat […]

Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan lancar Kluster Industri Peralihan Pertama Malaysia

KUCHING :Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan hari ini melancarkan Kluster Perindustrian Peralihan Sarawak (TIC Sarawak), kluster peralihan industri pertama Malaysia di bawah inisiatif Forum Ekonomi Dunia (WEF). Majlis pelancaran diadakan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini dan dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Digital, Gobind Singh Deo. […]

Anjung Usahawan Daro bantu usahawan perluaskan perniagaan

DARO: Projek Anjung Usahawan Daro bernilai RM6 juta bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi dan keusahawanan di daerah ini. Projek tersebut menyediakan kemudahan lengkap bagi membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka. Projek yang mempunyai siling kos RM5 juta itu dijadualkan memulakan pelaksanaan pada Mac 2026 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2027. Ahli Dewan […]

Projek pembangunan bandar baharu perkasa sosioekonomi Daro

DARO: Projek pembangunan Pembesaran Bandar Baharu Fasa ll di sini merupakan sebahagian usaha kerajaan Sarawak memperkukuh pembangunan sosioekonomi luar bandar secara terancang dan mampan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek di bawah Lembaga Kemajuan dan Lindungan Tanah (LCDA) itu merangkumi pembinaan 20 unit rumah kedai dua tingkat, 10 unit kedai […]

Peserta antarabangsa sertai SIC Fest 2026

KUCHING: Penyertaan yang semakin meningkat saban tahun membuktikan Sarawak International Choral Festival and Symposium (SIC Fest & Sym) 2026 semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa walaupun baru memasuki penganjuran edisi ketiga. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dua peserta dari Amerika Syarikat, dua dari Thailand, 209 dari Indonesia, 148 […]

MySISWA@JoC sasar 10,000 mahasiswa bekerja sambilan dilancar

SAMARAHAN: Program pekerjaan sambilan MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan dilancarkan di Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, semalam. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir melancarkan program terbabit dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan atas kelulusan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan inisiatif ini. “Program ini melibatkan 20 […]

KWSP pertimbangkan cadangan daftar automatik rakyat usia 18 tahun

KUCHING: KWSP sedang mempertimbangkan cadangan untuk mendaftarkan secara automatik setiap rakyat yang mencapai usia 18 tahun sebagai ahli. Ia disertakan dengan suntikan caruman permulaan bagi menggalakkan budaya menabung sejak awal. Perkara itu dikongsikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah selepas menerima kunjungan hormat Pengarah KWSP Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz di […]