KUCHING: Persatuan Alumni Dayak Universiti Malaya (PADUM) bersama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak diminta mencari kaedah memperbaiki prestasi pelajar luar bandar Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini penting bagi memastikan pelajar itu termasuk dari komuniti Dayak tidak tercicir menikmati Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang mula dilaksanakan tahun ini. […]
Pesta Ambal Asajaya berpotensi sebagai produk pelancongan
ASAJAYA: Pesta Ambal Asajaya 2026 berpotensi diketengahkan sebagai produk pelancongan dan membawa pembangunan di sini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, produk pelancongan terbabit berteraskan budaya, alam semula jadi serta warisan makanan tradisional. “Penganjuran pesta dari 3 hingga 4 Januari juga melengkapi usaha kerajaan negeri yang […]
Promosikan budaya Melanau guna platform digital
MIRI: Generasi muda Melanau disaran terus mempertahankan identiti, warisan budaya dan bahasa ibunda mereka. Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah ini untuk memanfaatkan platform digital. “Manfaatkan platform digital sebagai medium mempromosikan budaya kepada generasi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Perayaan Krismas 2025 dan Menyambut […]
Kejohanan sukan: Asah bakat anak muda tempatan
KUCHING: Liga Kejohanan Bola Sepak Remaja Petronas (PYFCL 2025) menyaksikan pasukan KV Miri Landas Youth Team dinobatkan johan kategori PSK16 di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini, semalam. Ini diikuti My Team X SMKAI sebagai naib juara, manakala tempat ketiga dimenangi bersama Kelab Pembangunan Bola Sepak SMK Sri Matang dan Sarikei FA. Bagi kategori PSK14 […]
WESNA anjur program PENDAYA 12-13 Januari
KUCHING: Wanita Sarawak mempunyai potensi sebagai pemimpin komuniti, penggerak ekonomi dan penjaga warisan budaya apabila diberikan peluang, latihan serta sokongan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, dengan pendedahan sedemikian, wanita Sarawak mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan sebagainya. Justeru, beliau menyambut baik penganjuran Program PENDAYA yang merupakan […]
Mangsa banjir PPS Kampung Sungai Maong terima sumbangan
KUCHING: Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Darul Istiqlaal di Kampung Sungai Maong, di, sini, hari ini. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada wakil ketua isi rumah (KIR) seramai 26 keluarga yang dipindahkan ke PPS tersebut yang dibuka semalam. PPS terbabit menempatkan seramai […]
Sarawak berpotensi berdepan gelombang banjir hingga Mac
KUCHING: Sarawak ketika ini mungkin menghadapi gelombang fasa pertama banjir dan berpotensi berlarutan dilanda gelombang banjir sehingga sekitar Mac depan. “Ini mungkin fasa pertama banjir. Kita berharap tidak berlaku gelombang seterusnya, namun berdasarkan unjuran, keadaan ini berpotensi berlarutan sehingga sekitar bulan Mac,” menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk […]
Mangsa banjir PPS Trusan meningkat, patuhi arahan agensi bertanggungjawab
LAWAS: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 34 orang di Trusan, di sini, sehingga petang ini. Seramai 21 orang dipindah ke PPS Dewan Masyarakat Trusan dan 13 orang lagi di PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Trusan. Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong menggesa penduduk […]
Banjir: Mangsa perlu daftar PPS, elak tercicir bantuan
KUCHING: Sarawak memiliki rangkaian kemudahan simpanan bekalan strategik yang lengkap termasuk depoh berskala besar dan mini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Menurutnya, langkah itu bagi memastikan bekalan asas sentiasa tersedia untuk mangsa yang memerlukan. “Sarawak mempunyai sebuah depoh di Limbang, depoh berskala besar di Kuching dan Kota Samarahan, serta […]
Pendaftaran sistem diperkemas, mangsa banjir PPS meningkat
KUCHING: Bahagian Kuching mencatatkan bilangan Pusat Permindahan Sementara (PPS) terbanyak yang dibuka untuk menempatkan mereka yang terjejas banjir. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keseluruhannya terdapat 10 PPS dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negeri ini setakat pukul 11 pagi, 2 Januari ini. Bercakap pada sidang media di […]
