Year: 2026

SAIC bertindak sebagai pemegang amanah, demi keselamatan, integriti sistem Sarawak

KUCHING: Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) mengamalkan seni bina berfederasi berbanding pengumpulan data berpusat. Menteri Pendidikan , Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pendekatan itu membolehkan proses membuat keputusan dilakukan secara pantas dan lebih bermaklumat. “SAIC turut menggunakan templat pelaksanaan standard bagi meningkatkan kecekapan dan mengguna semula corak seni […]

Peruntukan RM7.05 juta dilulus naik taraf Stadium Negeri

KUCHING: Peruntukan sejumlah RM7.05 juta diluluskan untuk menaik taraf Stadium Negeri di ini dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dilantik sebagai agensi pelaksana. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, skop kerja menaik taraf stadium terbabit melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh. Ia memastikan kemudahan stadium berada pada tahap selamat, moden dan mematuhi […]

Jawatankuasa Khas Ombudsman Sarawak perkukuhkan integriti pentadbiran awam

KUCHING: Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Ombudsman Sarawak perlu bagi memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran awam negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine yang menyokong usul itu berkata, malah ordinan tersebut memperkukuh mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan. Menurutnya, usul yang dibawa Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) […]

Sarawak guna pendekatan menyeluruh perkukuhkan sektor pertanian

KUCHING: Kerajaan Sarawak menumpukan kepada pendekatan yang lebih mampan dan menyeluruh melalui peningkatan produktiviti dalam mengurangkan kos input pertananian terutama baja dan makanan ternakan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komiditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, di samping itu kerajaan juga fokus pembangunan infrastruktur, penerapan teknologi moden serta pembangunan sumber input alternatif tempatan. […]

Sarawak perkukuh ekonomi hidrogen hijau melalui pembangunan berfasa dan strategik

KUCHING : Kerajaan Sarawak terus komited membangunkan ekonomi hidrogen bersih sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negeri ini hab tenaga bersih serantau. Ia selaras dengan dasar peralihan tenaga negeri dan pelan hala tuju ekonomi hidrogen Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, pendekatan yang diambil dilaksanakan secara tersusun […]

Sarawak sasar kerjasama Jepun projek karbon biru

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan pelaburan berkualiti selaras dengan agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi hijau negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setiap projek perlu mematuhi dasar kerajaan negeri serta mengutamakan kepentingan rakyat, komuniti setempat dan pemeliharaan sumber asli. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi Sumitomo Corporation […]

Deklarasi strategik autonomi pertanian Sarawak

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak, 2026 merupakan satu instrumen penting yang mencerminkan kedaulatan negeri Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri Daro, Dr. Safiee Ahmad berkata, dengan undang-undang itu, Sarawak dapat melaksanakan langkah kawal selia yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. Di samping itu, ia membolehkan Sarawak menyimpan stok secara setempat dan rangkaian pengedaran […]

Proses pengeluaran hak milik strata masih hadapi kekangan teknikal

KUCHING: Proses pengeluaran hak milik strata masih belum dapat dimuktamadkan sepenuhnya. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, ia berikutan beberapa kekangan teknikal dan isu pematuhan melibatkan pemaju serta pihak perunding. “Beberapa projek termasuk di kawasan Kuching masih berada pada peringkat semakan teknikal seperti peringkat kedua pembahagian lot […]

Mahkamah Bumiputera Sarawak akan distruktur semula, RUU baharu sedang dirangka

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan transformasi besar terhadap sistem Mahkamah Bumiputera Sarawak menerusi penyusunan semula struktur pentadbiran dan bidang kuasa mahkamah berkenaan. Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Istiadat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, kajian penstrukturan semula dan menaiktaraf Mahkamah Bumiputera Sarawak yang dimulakan pada tahun 2020 telah siap sepenuhnya pada […]

Sarawak sasar 10,000 pelajar nikmati pendidikan tinggi percuma tahun ini

KUCHING : Kerajaan Sarawak menyasarkan seramai 10,000 pelajar menikmati Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) menjelang akhir tahun ini.Ia sekali gus merealisasikan antara agenda terbesar pembangunan pendidikan di negeri ini.Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, tahun 2026 turut menjadi detik bersejarah bagi rakyat Sarawak apabila kerajaan mula melaksanakan pendidikan […]