BINTULU: Penganjur acara Sarawak Agrofest 2026 diminta memberi perhatian terhadap memperkasakan penganjuran ekspo itu tahun hadapan terutama dari segi hasil jualan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata ini dengan memperkukuhkan strategi promosi dan pengisian program ekspo terbabit kerana hasil jualannya merosot kepada RM3.6 juta tahun ini […]
Gerak jentera parti, DUN Bukit Saban diarah siap siaga hadapi PRN
SPAOH: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban diarahkan sentiasa bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN-13). Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata persiapan perlu dilakukan lebih awal tanpa menunggu pengumuman tarikh pilihan raya. Beliau yang juga […]
Ijtimak Zon Sarawak himpunkan 6,000 jemaah
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Penangguhan Ijtimak Zon Sarawak 2026 di Markaz Tabligh Kuching, Surau Darul Muttaqin, Jalan Depo Link, di sini hari ini. Ketibaan beliau disambut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim serta Syura Jemaah Dakwah Malaysia […]
Sarawak cadang seragamkan acara rakit
PADAWAN: Acara berakit di Sarawak dicadang diseragamkan dan disusun sebagai satu litar perlumbaan bagi mengembangkan sukan berkenaan sehingga mampu menarik penyertaan antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beberapa acara seumpamanya kini dianjurkan di lokasi berbeza termasuk Padawan, Serian dan Selangau, sekali gus mempunyai potensi untuk […]
Program komuniti eratkan silaturahim masyarakat kampung
KOTA SAMARAHAN: Program Semarak Perpaduan Komuniti Sejahtera anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tanjung Bundong Tradisi membantu memperkukuhkan perpaduan, silaturahim dan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang berkata, penganjuran aktiviti itu membantu mengeratkan hubungan penduduk serta mewujudkan suasana […]
Sarawak sasar operasi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Pontianak tahun depan
KUCHING: Sarawak menyasarkan operasi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Pontianak bermula pertengahan tahun depan. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bangunan pejabat berkenaan sudah dikenal pasti dan kini memerlukan kerja pengubahsuaian. “Bangunan sudah dikenal pasti dan kita harap pejabat ini dapat mula beroperasi […]
2,192 usahawan mikro kebajikan terima geran sejak 2021
KUCHING: Seramai 2,192 usahawan mikro kebajikan di Sarawak menerima geran berjumlah RM10.9 juta menerusi Program Pembangunan Ekonomi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sejak 2021 hingga September 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 929 usahawan atau 43 peratus berjaya meningkatkan pendapatan sehingga melepasi RM1,200 sebulan. […]
Sarawak sasarkan ramai Usahawan Mikro Kebajikan tembusi rantaian bekalan
KUCHING: Lebih ramai Usahawan Mikro Kebajikan disasar menembusi rantaian bekalan dan nilai yang lebih luas bagi membina perniagaan mampan. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, golongan itu perlu diberi peluang menjadi pembekal kepada perniagaan lebih besar termasuk melalui jaringan kerjasama dengan syarikat tempatan dan […]
Demak Laut A juara Pertandingan Bowling Armada Pemuda Zon Kuching
KUCHING: Pasukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.5 Demak Laut A muncul juara Pertandingan Bowling Armada Pemuda Zon Kuching yang berlangsung di gelanggang bowling Hotel Riverside di sini, semalam. Parti PBB N.4 Pantai Damai B muncul naib juara, manakala tempat ketiga menjadi milik N.9 Padungan. Sebanyak 20 pasukan menyertai pertandingan yang menghimpunkan barisan Pemuda dari […]
Puisi satukan kepelbagaian bahasa, budaya masyarakat
BINTANGOR: Penghayatan puisi dalam bahasa kebangsaan dan bahasa etnik perlu diperhebatkan sebagai usaha memelihara warisan budaya dan menyemai rasa hormat antara kaum. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, selain menjadi platform menghayati keindahan bahasa dan sastera, ia juga mengetengahkan keunikan bahasa Iban serta etnik lain sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat Sarawak. […]
