Year: 2026

Kerajaan Sarawak, Persekutuan perkukuhkan sinergi kebajikan sosial

PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuhkan agenda penyampaian perkhidmatan kebajikan dan kesejahteraan sosial menerusi pendekatan kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat dilaksanakan secara lebih terselaras dan efektif. Usaha itu diteruskan menerusi kunjungan hormat delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel […]

Khalidi mampu teruskan kesinambungan kecemerlangan mufti Sarawak

KUCHING: Peranan seorang mufti bukan sekadar mengeluarkan fatwa, tetapi menjadi rujukan ummah, penunjuk arah kefahaman agama serta suara hikmah dalam memastikan keseimbangan antara tuntutan syariah dan realiti masyarakat yang sentiasa berkembang. Timbalan Menteri diJabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, di bawah […]

Dr Annuar santuni anak yatim KKJTHB Sibu, hulur duit raya

SIBU: Kebajikan anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu terus mendapat perhatian apabila Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.55 Nangka menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Raya semalam. Program tahunan ini merupakan aktiviti tetap yang dilaksanakan oleh Pusat Khidmat N.55 Nangka sejak Dr Annuar dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan. Beliau […]

Dapatkan maklumat rasmi berhubung situasi negara teluk

KUCHING: Orang ramai dinasihat agar berhati-hati terhadap penyebaran maklumat tidak sahih yang melibatkan situasi di negara-negara Teluk. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara. “Rakyat Malaysia yang berada di luar […]

Sumbangan bakul makanan KSK Satok ceriakan penerima

KUCHING: Seramai 80 penerima di 16 ranting Cawangan N.8 Satok menerima sumbangan bakul makanan dan bubur lambuk menerusi Program Sumbangan Bakul Makanan yang berlangsung di Kelab Sukan Komuniti Satok (KSK Satok), hari ini. Penerima terdiri daripada warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) dan asnaf menerima sumbangan berupa makanan, kurma, bubur lambuk dan duit Raya. Majlis […]

Tradisi ‘seperah’ Kampung Tanjung Engkabang eratkan ukhwah Ramadan

SIMANGGANG: Tradisi ‘seperah’ yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tanjung Engkabang terus mekar sejak 26 tahun lalu, menyatukan komuniti setiap kali Ramadan menjelma. Amalan unik itu menyaksikan setiap rumah membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama dalam majlis berbuka puasa beramai-ramai, sekali gus menghidupkan suasana penuh muafakat dan kebersamaan. Ketua Kaum Kampung Tanjung Engkabang, Mohamad Yusop berkata, […]

PKPS agih bubur pedas sempena Ramadan

KUCHING: Persatuan Ko-ordinasi Pelancongan Satok (PKPS) menganjurkan Program Agihan Bubur Pedas PKPS 2026 di TEKO Cafe, Kpg. Bandarsah di sini, semalam. Program julung kali dilaksanakan PKPS sebagai usaha menghidupkan suasana Ramadan selain mempromosikan Bubur Pedas S’wak sebagai juadah popular rakyat Sarawak ketika Ramadan. Pengerusi PKPS, Shah Iszhan Isnin, berkata program juga mempunyai nilai sentimental dan […]

Golongan asnaf dari 15 kampung DUN Daro terima sumbangan

DARO: Seramai 300 asnaf dari 15 kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan sempena Majlis Santunan Asnaf Ramadan Al-Mubarak 1447H di Masjid Al-Muhsiniin di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan bagi menjaga kebajikan golongan asnaf, khususnya membantu mereka membuat Ramadan. “Bulan Ramadan […]

Kerjasama masyarakat Cina jayakan program perpaduan Sadong Jaya

SADONG JAYA: Masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial serta perpaduan bagi kawasan Sadong Jaya. Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Sarawak merangkap ADUN Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata ramai masyarakat itu terlibat dalam sektor perniagaan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan yang menjadi nadi ekonomi tempatan. “Usaha mereka bukan […]