Year: 2026

Pemuda GPS siapsiaga turun padang, bantu menangi semua kerusi PRN-13

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bergerak bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) turun padang menjelaskan inisiatif-inisiatif kerajaan kepada rakyat. Pengerusi Pergerakan Pemuda GPS merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB, Datuk Martin Ben berkata, parti komponen itu membabitkan pergerakan pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak […]

ASSAR agih dividen interim 3 sen seunit

KUCHING: Kumpulan Syarikat Permodalan ASSAR yang mengurus Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak tiga sen seunit bagi tahun kewangan 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan pengagihan dividen interim itu berkata, pengagihan kali kelima pasca penstrukturan ASSAR yang berjumlah RM15.24 juta itu akan memberi […]

Penduduk Kampung Baru hasilkan sabun, lilin dari minyak masak terpakai

SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berharap produk dari minyak masak terpakai melalui projek Waste to Wealth di Kampung Baru di sini dapat dipasarkan ke kawasan sekitar. Timbalan Pengarah (Kelestarian) Pusat Kelestarian UNIMAS, Dr Mohd Farid Atan berkata, melalui projek itu penduduk kampung yang menjadi peserta didedahkan cara memanfaatkan minyak masak terpakai untuk menghasilkan produk baharu […]

Gerak kerja DUN Kalaka perlu diselaras hadapi tahun penting 2026

SARATOK: Pergerakan Wanita, Pemuda, Belia 1828 serta Kaum Bapa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi tunjang kepada kestabilan dan kekuatan parti. Ketua Cawangan Parti PBB Kalaka, Mohamad Duri berkata setiap sayap memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan parti dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar. Beliau berkata demikian ketika menghadiri perjumpaan bersama Pergerakan Wanita […]

Sarawak, Brunei terokai peluang pelaburan, kerjasama perniagaan

KUCHING: Sarawak memperkukuh hubungan ekonomi serantau apabila Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB) mengadakan lawatan rasmi ke negeri ini, bagi meneroka peluang pelaburan dan kerjasama perniagaan antara kedua-dua pihak. Lawatan ini dimudah cara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dengan kerjasama Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF). Menurut kenyataan MINTRED, […]

Pembangunan luar bandar keutamaan Kerajaan Sarawak- Abdullah Saidol

SEMOP: Lebih 60 peratus atau sekitar RM6 bilion peruntukan belanjawan pembangunan Kerajaan Sarawak ditumpukan ke arah kawasan luar bandar Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol berkata ini termasuk bagi membina sebanyak 16 jambatan utama yang sama ada […]

TYT sampaikan pingat, darjah kebesaran pada 152 penerima

KUCHING: Seramai 152 orang daripada pelbagai latar belakang dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran Negeri Sarawak dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri, hari ini. Upacara berprestij itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Istiadat dimulakan dengan penyampaian Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada sembilan […]

Anwar puji kepimpinan Premier terajui teknologi baharu

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini. Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan perasmiannya, Anwar memuji kepimpinan Premier, khususnya dalam menerajui perubahan serta kemajuan dalam bidang teknologi baharu. “Saya […]

Ilmu pemacu perubahan masyarakat, pembangunan negara

SERIAN: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran merupakan wadah untuk menghayati kandungan kitab suci Al-Quran sebagai asas pembinaan ilmu, pembangunan ekonomi serta kemajuan tamadun manusia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Al-Quran mengandungi panduan menyeluruh bagi membentuk akhlak dan sumber ilmu ke arah memacu pembangunan manusia dan negeri. Umat Islam katanya, […]