Author: Jiwa Bakti

Pertambahan kerusi Parlimen Sarawak perlu lalui proses ditetapkan

BETONG: Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa belum ada cadangan rasmi menambah kerusi Parlimen Sarawak tidak menjejaskan persetujuan prinsip Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertambahan kerusi Parlimen perlu melalui beberapa peringkat, termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan dan kelulusan Parlimen sebelum proses persempadanan […]

Abang Johari sokong akademi penerbangan, latihan pengendalian dron di Betong

BETONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong usaha mewujudkan akademi penerbangan di bahagian ini dengan kerjasama sektor swasta dan pihak berkaitan. Beliau berkata, kemahiran mengendalikan dron semakin penting, khususnya sektor pertanian yang bergerak ke arah penggunaan teknologi moden. Justeru katanya, petani dan generasi muda perlu diberikan peluang mempelajari teknologi berkenaan […]

Program bimbingan pengajian bantu pelajar kenali peluang pendidikan

KUCHING: Program Motivasi dan Bimbingan Peluang Pengajian di SMK Bako memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pilihan program pengajian serta syarat kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, program berkenaan turut merangkumi bimbingan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. “Program […]

Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak angkat khazanah ilmu, identiti tempatan

KUCHING: Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak menjadi antara usaha Kerajaan Sarawak mengiktiraf karya yang mengangkat sejarah, identiti, budaya dan kearifan tempatan. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penulisan penting dalam mendokumentasikan perjalanan serta pengalaman masyarakat Sarawak. “Sejarah kita perlu didokumentasikan, budaya kita perlu […]

STOLport Bebuling pemacu baharu ekonomi Betong

BETONG: Pembinaan STOLport Bebuling, Spaoh berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Betong. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemudahan berkenaan berpotensi memperluaskan hubungan Betong dengan kawasan lain, selain membuka ruang kepada produk tempatan menembusi pasaran di luar bahagian. Menurut beliau, lapangan terbang pendek itu menyokong pergerakan penumpang, sekali gus meningkatkan keterhubungan kawasan […]

Regata Batang Kayan promosi Lundu destinasi pelancongan

LUNDU: Regata Batang Kayan kini menjadi acara kemuncak yang mengetengahkan keunikan serta jiwa masyarakat Lundu kepada pelawat dari dalam dan luar negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, penganjuran regata tahun ini memberi fokus strategik kepada beberapa teras utama pembangunan daerah Lundu sebagai destinasi pelancongan utama. “Penganjuran acara […]

SKS Bahagian Betong sasar 120,000 pengunjung

BETONG: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Betong menyasarkan kehadiran lebih 120,000 pengunjung yang bemula pada hari ini. Majlis Praperasmian SKS Bahagian Betong disempurnakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu di Kompleks Sukan Betong, hari ini. Menurut Gerald, program berkenaan turut berperanan sebagai platform sehenti bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat […]

PPDK Daro terima bantuan mesin jahit

DARO: Sumbangan mesin jahit kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daro mampu memperkukuhkan latihan kemahiran menjahit dan aktiviti kraf tangan dalam kalangan pelatih. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, kemudahan berkenaan dimanfaatkan bagi membantu pelatih mengembangkan bakat, kemahiran serta potensi diri. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Mesin Jahit kepada PPDK […]

Tiada cadangan tambah kerusi Parlimen Sarawak buat masa ini – SPR

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak buat masa ini, termasuk yang dikaitkan dengan perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, penegasan itu dibuat susulan laporan akhbar yang mendakwa berdasarkan “Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak”, jumlah bahagian pilihan […]

Pekebun kecil kelapa sawit, lada terima bantuan baja

MUKAH: Bantuan Baja Kelapa Sawit dan Lada (BBKSL) Fasa Keempat Tahun 2026 mula diagihkan secara berfasa kepada 103 penerima di kawasan ini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan kos pengeluaran, malah mampu meningkatkan produktiviti, hasil serta pendapatan petani. “Terima kasih dan penghargaan kepada […]