Author: Jiwa Bakti

Nahas FDS: Lima mangsa dikenal pasti, tunggu pengesahan DNA

MIRI: Kelima-lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, semalam dikenal pasti berdasarkan barangan peribadi yang ditemukan pada jasad mangsa. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagaimanapun, pengecaman rasmi kelima-lima mangsa akan dibuat melalui ujian sampel DNA. Menurutnya, semua jenazah mangsa akan diterbangkan ke Hospital Miri untuk proses bedah […]

Nahas helikopter: Awang Tengah zahirkan takziah

LAWAS: Perkhidmatan doktor udara masih diperlukan di Sarawak kerana merupakan talian hayat kepada penduduk di pedalaman, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Katanya, perkhidmatan itu sangat penting bagi memberi rawatan kesihatan dan membawa pesakit semasa kecemasan yang diterbangkan ke hospital berdekatan. “Perkhidmatan doktor udara masih diperlukan walaupun beberapa perkampungan akan dihubung […]

Sarawak Energy pandang serius komen ancam keselamatan, laporan polis dibuat

KUCHING: Sarawak Energy membuat laporan polis terhadap satu komen di media sosial yang mengandungi bahasa berunsur ugutan terhadap syarikat itu baru-baru ini. Menurut kenyataan Sarawak Energy, ini termasuk apa yang kelihatan seperti seruan kepada individu atau kumpulan untuk berkumpul di premis syarikat dan melakukan tindakan yang berpotensi ganas atau berbahaya, termasuk merujuk kepada bahan berbahaya. […]

Kajian semula persempadanan Sarawak mungkin selesai sebelum tempoh dua tahun

KUCHING: Kajian Semula Persempadanan Sarawak berpotensi dimuktamadkan lebih awal daripada tempoh maksimum dua tahun, sekiranya setiap peringkat proses yang ditetapkan dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Abang Noraffian Abang Ibrahim berkata, tempoh dua tahun berkenaan bermula dari tarikh notis syor KSP diwartakan pada 1 September lalu. Menurutnya, bagaimanapun, SPR tidak […]

Fadillah kembali bertugas, hadiri mesyuarat kabinet

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri di Kuala Lumpur, hari ini selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang cuti sakit. Dalam kenyataan Fadillah di media sosial, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya. Pada masa sama, beliau turut […]

Waris Dr Ainul tiba di Miri

MIRI: Waris Doktor Ainul Baroah Kamarudin yang terlibat nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) tiba di Lapangan Terbang Miri di sini, pada 1.10 petang bagi membantu urusan pengesahan identiti mangsa. Bapa Dr Ainul, Kamarudin Salleh, 69, bersama isterinya, Rogayah Mohd Noor, 69, dan anak sulung, Ainul Husna, 40, tiba selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa […]

KKM dalam proses hubungi waris mangsa helikopter, beri sokongan

KUCHING: Menteri Kesihatan Malaysia, Dr.Dzulkefly Ahmad melahirkan rasa dukacita apabila menerima laporan awal berhubung insiden sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaporkan terhempas pada petang ini. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, penerbangan yang berlepas dari Miri dikendalikan seorang juruterbang. Selain juruterbang, turut berada dalam helikopter itu ialah empat petugas kesihatan KKM iaitu […]

Kerjasama strategik ADB pacu projek pembangunan, industri tenaga Sarawak

MANILA: Kerjasama strategik bersama Bank Pembangunan Asia (ADB) penting bagi menyokong usaha Sarawak merealisasikan projek pembangunan berskala besar, khususnya dalam sektor tenaga, teknologi dan pembangunan rendah karbon. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama itu membolehkan idea serta teknologi baharu diterjemahkan kepada projek yang berdaya maju menerusi sokongan kepakaran, teknologi […]

Festival Sastera Sarawak 23-27 Septemberi ini di Miri

KUCHING: Festival Sastera Sarawak 2026 (SLF2026) akan menjadi platform dalam usaha Miri mendapatkan pengiktirafan sebagai Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang sastera. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SLF2026 itu akan diadakan di Stadium Tertutup Miri pada 23 hingga 27 […]