LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin Senator Datuk Mutang Tagal mampu melasanakan tanggungjawabnya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 dengan baik. Katanya, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu mempunyai kebolehan dan pengalaman luas selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen. Awang Tengah turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sekali […]
Undang-undang tubuh entiti kawal pelabuhan Sarawak akan dibawa ke DUN
KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Pusat (satu entiti) yang akan mengawal selia semua pelabuhan di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang penubuhan lembaga terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mei depan. Katanya, ini akan dilakukan menteri bertanggungjawab iaitu Timbalan Premier Sarawak […]
Sarawak berusaha miliki syarikat penerbangan sendiri
KUCHING: Sarawak akan terus berusaha mendapatkan syarikat penerbangan sendiri supaya dapat mengawal laluan dan harga penerbangannya sendiri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bercadang untuk menawarkan penerbangan terus dari negara-negara Asia ke Kuching sebaik memiliki syarikat penerbangan sendiri. “Oleh itu, kita memerlukan syarikat penerbangan sendiri agar boleh memiliki pengembara […]
Kiosk perniagaan Bazar Riadah Taman Susur Jambu dirasmi
SARIKEI: Sebanyak 20 kiosk perniagaan My KIOSK-KPKT dirasmi di Bazar Riadah Taman Susur Jambu di sini. Kiosk dirasmikan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, kiosk terbabit bagi membantu meningkatkan pendapatan peniaga dan menjadikan kawasan bazar itu lebih […]
Sarawak rancang bangunkan ART di Bintulu
BINTULU: Sarawak merancang untuk membangunkan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Bintulu bagi menambah baik sistem pengangkutan di bandar ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Bintulu perlu dihubungkan dengan Samalaju dan Kidurong, dua kawasan industri utama di Bintulu dengan menggunakan jaringan sistem pengangkutan yang lancar. “Keputusan untuk membangunkan ART di […]
Bazar Ramadan: Peniaga perlu patuhi garis panduan KKM, peraturan trafik
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerima permohonan peniaga dalam skala kecil sempena bazar Ramadan pada bulan depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peniaga juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan trafik ketika berniaga. “Aspek kebersihan antara yang ditekankan sambil mengingatkan bahawa premis dalam keadaan […]
Sarawak perlukan kestabilan politik pacu ekonomi baharu
SIBU: Sarawak memerlukan iklim politik yang stabil dan kondusif bagi menjayakan industri ekonomi baharu yang sedang diusahakan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sehubungan itu rakyat negeri ini mesti kekal bersatu, saling bekerjasama dan tidak mempunyai agenda peribadi yang boleh menimbulkan perpecahan. Katanya, Sarawak telah menempatkan dirinya dalam ekonomi baharu […]
Usaha tarik golongan muda imarahkan masjid, surau
KUCHING: Kawasan Parlimen Petra Jaya memperuntukkan geran sejumlah RM325,000 untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan tersebut. Ia membabitkan 89 penerima masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan termasuk di bawah pengurusan agensi kerajaan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, pengagihan geran itu merupakan program tahunan parlimen […]
Bekalan air bersih mencukupi untuk penduduk Tanjung Manis
TANJUNG MANIS: Loji Bekalan Air Tanjung Manis yang baharu akan membekalkan sumber air bersih mencukupi bagi penduduk sekitar kawasan itu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, sumber air bersih dari Sarikei telah disalurkan ke Tanjung Manis sejak 1990-an dengan kapasiti terhad. “Loji Bekalan Air Tanjung Manis ini […]
Skuad Waja ditubuh tangani keganasan rumah tangga
KUCHING: Kes keganasan rumah tangga berdasarkan statistik polis di seluruh negara pada 2023 ialah sebanyak 5,507 kes. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, terdapat sedikit penurunan berbanding sebanyak 6,540 kes sama dilaporkan 2022. Beliau berkata, Sarawak merupakan negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes tersebut selepas Selangor dan Kedah dengan jumlah kes […]
