Author: Jiwa Bakti

PRN: Calon terserah kepada kepimpinan tertinggi parti

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan mengambil kira keperluan calon baharu serta kesinambungan kepimpinan parti. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemilihan calon merupakan urusan kepimpinan tertinggi parti. Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, berkata, […]

5,000 kes keganasan rumah tangga direkodkan tahun ini

KUCHING: Kira-kira 5,000 kes keganasan rumah tangga direkodkan tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Menurutnya, bilangan itu sekali gus menunjukkan keperluan meningkatkan kesedaran wanita mengenai hak dan perlindungan diri masing-masing. Justeru, tegasnya, pemerkasaan ekonomi wanita penting bagi membolehkan mereka berdikari serta tidak terlalu bergantung kepada pasangan. “Kebebasan kewangan […]

EmpowerUS 2026 platform perkongsian ilmu, kepimpinan era AI

KUCHING: Seminar EmpowerUS 2026 menghimpunkan hampir 200 pemimpin, profesional, pengamal, penggubal dasar dan alumni bagi berkongsi ilmu serta perkembangan kecerdasan buatan (AI). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, program itu membuka peluang kepada peserta bertukar pengalaman mengenai kemajuan teknologi antarabangsa. “Pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan bagi memastikan golongan profesional Sarawak mengikuti […]

GPS terus rancakkan pembangunan DUN Samariang

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mempergiatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelbagai projek jalan raya, kemudahan komuniti dan perumahan rakyat dilaksanakan. Menurutnya, […]

Bulan HASiL 1-31 Oktober ini, tingkatkan kesedaran pembayar cukai

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung pematuhan cukai menerusi pelbagai program yang dianjurkan sepanjang Bulan HASiL dari 1 hingga 30 Oktober ini. Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, inisiatif memberi tumpuan kepada pendekatan turun padang mendekati pembayar cukai, menyampaikan maklumat percukaian serta membantu pembayar cukai memahami […]

Belanjawan Sarawak 2027 beri manfaat kepada rakyat

KUCHING: Pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 mencerminkan kesinambungan dasar Kerajaan Sarawak yang menekankan pembangunan negeri ini sejak 2017. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini dengan hampir 70 peratus peruntukan belanjawan itu disalurkan kepada pembangunan ketika dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun […]

Stesen minyak PETROS, bekalan air antara keutamaan Kabong

KUCHING: Gangguan bekalan air di DUN Kabong baru-baru ini berpunca daripada kekurangan air mentah akibat kemarau berpanjangan, bukannya keupayaan Loji Rawatan Air (LRA) Lichok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, LRA Lichok sebenarnya mempunyai kapasiti pemprosesan 25 juta liter sehari (MLD) yang mencukupi untuk penduduk Kabong dan kawasan sekitar. Sehubungan […]

Kejayaan Belanjawan Sarawak 2027 perlu diukur melalui manfaat kepada rakyat

KUCHING: Kejayaan sebenar Belanjawan Sarawak 2027 bukan hanya terletak pada jumlah hasil dan peruntukan besar, sebaliknya sejauh mana ia mampu membawa manfaat kepada kehidupan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, setiap peruntukan kerajaan perlu diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam aspek […]

11 kampung Penan Ulu Limbang perlukan jalan lebih baik

LIMBANG: Kerajaan Sarawak diharap dapat memperuntukkan dana bagi membaiki dan menaik taraf jalan balak lama di kawasan Batu Danau. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, ia menjadi laluan penghubung kepada 11 kampung Penan di Ulu Limbang, berikutan keadaan semakin daif dan sukar dilalui kenderaan. Katanya, kerosakan jalan berkenaan menjejaskan kehidupan […]

Perketatkan pintu sempadan Telok Melano

KUCHING: Pengaktifan semula Pos Lintas Sempadan Temajuk (Kalimantan) dan Pusat Kawalan Telok Melano menandakan lembaran baharu dalam hubungan rentas sempadan di dua negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, di sebalik kelebihan itu, wujud cabaran keselamatan mendesak yang tidak boleh dipandang ringan. “Fasiliti kawalan sedia ada masih berskala kecil dan […]