Author: Jiwa Bakti

Pemeliharaan warisan Budapest dijadikan contoh

BUDAPEST: Delegasi Sarawak yang menyertai Program Pertukaran Kolaboratif Bandar Raya melawat Perkampungan Nelayan, salah satu daripada mercutanda warisan paling ikonik di Budapest. Lawatan itu bertujuan menimba pengetahuan pemeliharaan warisan, pengurusan bandar dan pembangunan pelancongan yang mampan. Lawatan diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan kerja sambil […]

Premier Sarawak terima kunjungan hormat UKAS, perincikan persiapan SMeC 2026

KUCHING: Timbalan Menteri Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol mengetuai delegasi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, semalam. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memberi taklimat mengenai penganjuran SMeC 2026 yang dijadual berlangsung pada […]

Kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Water akan berpindah 1 Julai depan

KUCHING: Kaunter perkhidmatan pelanggan di Ibu Pejabat Sarawak Water akan dipindahkan sepenuhnya ke Pusat Service Sarawak Kuching bermula 1 Julai ini. Menurut kenyataan Sarawak Water, melalui perpindahan ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan Sarawak Water di Pusat Service Sarawak Kuching. Ini termasuk urusan pertanyaan, aduan, semakan akaun, pembayaran bil dan perkhidmatan berkaitan bekalan air […]

Aduan air paip keruh menurun di bahagian Kuching

KUCHING: Sarawak Water akan terus melaksanakan operasi pembersihan saluran paip bagi mengatasi peningkatan aduan air berwarna atau keruh di bahagian ini. Ini merujuk kenyataan di Laman Facebook Sarawak Water pada 6 Jun 2026 berhubung peningkatan aduan itu di beberapa kawasan bahagian ini. Sejak itu, pasukan operasi dan teknikal Sarawak Water mempergiatkan aktiviti pembersihan bagi mempercepatkan […]

Hayati semangat hijrah, perkukuhkan nilai perpaduan

MIRI: Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak di Stadium Tertutup Miri hari ini menjadi medan peringatan penting kepada umat Islam di negeri ini agar terus memperkukuh nilai perpaduan, menjauhi perpecahan serta mempertingkatkan kekuatan ilmu dalam menghadapi cabaran dunia moden. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kekuatan ummah tidak hanya terletak pada […]

Sambutan Maal Hijrah semarak penghayatan hijrah, perkukuh ukhuwah di Mukah

DALAT: Sambutan Maal Hijrah 1448 Hijrah Peringkat Bahagian Mukah di Masjid At-Taqwa, Oya disambut penuh penghayatan menerusi pelbagai pengisian kerohanian yang menekankan nilai hijrah, perpaduan serta kesejahteraan masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyempurnakan Majlis Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah […]

Sarawak teliti rangkaian pengangkutan Hungary bangunkan wilayah utara

BUDAPEST: Sarawak meneliti amalan terbaik pengurusan logistik dan rangkaian pengangkutan bersepadu Hungary sebagai rujukan dalam perancangan pembangunan wilayah utara negeri ini menjelang 2035. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi ke Budapest berkata lawatan tersebut bertujuan menimba pengalaman serta memahami model operasi logistik bersepadu yang dilaksanakan di Pusat Logistik Antara […]

JKR terajui penggunaan teknologi pantau pengurusan risiko infrastruktur

KUCHING: Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan risiko geologi yang semakin kompleks, pembangunan infrastruktur negara perlu diperkukuh dengan penyelesaian geoteknik yang berdaya tahan dan inovatif, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan kegagalan seperti tanah runtuh yang boleh mengancam keselamatan awam. Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara kini […]

14 kampung terima kemudahan lampu solar

SARATOK: Sebanyak 14 kampung di daerah ini menikmati manfaat projek pemasangan lampu solar di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). ​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyatakan bahawa projek bernilai RM1.8 juta itu sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik melalui proses tender oleh Majlis Daerah Saratok (MDS) selaku agensi pelaksana. “Saya […]

Mesyuarat Koordinasi Konvensyen Parti PBB Zon Betong bincang penyelarasan jawatankuasa

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong 2026 bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan penganjuran konvensyen. Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam; Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu; Ahli Dewan […]