Badudun Sahur Bomba Limbang eratkan silaturahim

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail menghadiri Program Badudun Sahur anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN N79 Bukit Kota di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang di sini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota pada majlis itu turut melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan.

Beliau menyerahkan sumbangsih raya kepada rakan Strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang dan sumbangan kepada 10 penerima asnaf daripada Tabung Baitulmal Limbang.

Program yang sudah mencapai tahun kelima itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara anggota bomba dan masyarakat.

Hadir sama Ketua Bomba Zon 7, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Ramlan Marajan, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Tawang Lingem , Pengarah Penjara Limbang Usman Mala, Pegawai Gerakan 11 Rejimen Askar Melayu Di Raja Mejar Alfiz Muhamad dan Ketua Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Limbang Abang Aien Abang Bolhil.