Parti PBB Kabong santuni asnaf

KABONG: Seramai 250 asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima sumbangan bakul makanan sempena Pogram Ziarah Kasih Mahabbah Ramadan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd. Chee Kadir turun padang bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Belia menyampaikan sumbangan itu dari rumah ke rumah penerima.

Sumbangan bakul makanan semasa Ramadan merupakan amalan yang sangat dihargai khususnya mereka yang memerlukan, katanya.

“Dengan cara ini, kita dapat menyelami masalah serta luahan hati rakyat untuk mengajukan perkara yang menjadi kesulitan kepada mereka terus kepada wakil rakyat,” katanya.

Chee Kadir berkata, sumbangan tersebut juga dapat membantu golongan kurang berkemampuan
menjalani ibadah puasa.