GEDONG: Masyarakat sekitar Kampung Lubuk Punggor harus memanfaatkan banyak projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di kampung tersebut di sini. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, antara projek yang utama ialah naik taraf parit konkrit sepanjang 350 meter(m) membabitkanperuntukan RM320,000. Katanya, naik taraf parit itu bertujuan memperbaiki sistem saliran serta mengurangkan risiko banjir […]
Insentif RM700 jadi formula penyaluran sumbangan kepada persatuan media
KUCHING: Insentif RM700 yang diumumkan Kerajaan Sarawak sebelum ini digunakan sebagai formula bagi menentukan jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada persatuan media, bukannya diberikan secara individu kepada warga media. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, jumlah tersebut dijadikan asas pengiraan bagi menentukan nilai sumbangan kepada […]
Sarawak Energy anjur Majlis Iftar Bersama Premier, himpunkan pemegang taruh
KUCHING: Sarawak Energy menganjurkan Majlis Iftar Bersama Premier dan pemegang taruh di sebuah hotel di sini, malam ini. Majlis tersebut menghimpunkan kira-kira 400 pemegang taruh utama terdiri daripada kementerian dan agensi kerajaan, rakan industri serta wakil media. Majlis tahunan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Sarawak Energy untuk memupuk hubungan dan mengukuhkan kerjasama dengan pemegang […]
Sarawak berpegang kepada prinsip
KUCHING: Sarawak sentiasa berpegang kepada prinsip kerjasama serta menghormati kerangka Persekutuan Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak berkata, dakwaan kononnya blok Borneo berhasrat menguasai Semenanjung Malaysia adalah tidak berasas dan tersasar daripada realiti sebenar. Tuduhan tersebut […]
20 ahli MACMA terima sumbangan zakat Ramadan
BINTULU: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Bintulu akan terus berusaha menyantuni komuniti Cina Muslim di sini melalui program kebajikan. Pengerusi MACMA Cawangan Bintulu, Norhayati Abdullah berkata, antaranya program sumbangan zakat Ramadan yang membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. “Saya berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu penerima menyambut Ramadan dan Syawal,” katanya. Beliau berkata demikian […]
Program saringan perkembangan manfaatkan 1,800 kanak-kanak prasekolah
KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan RM1.9 juta bagi melaksanakan program saringan perkembangan digital dan intervensi awal kanak-kanak di prasekolah SeDidik. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata program ini juga membantu peralihan kanak-kanak dari Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak Sarawak (OSEIC)ke tadika aliran perdana, dengan tiga kanak-kanak berjaya melakukannya pada 2025. ‘’Program […]
Konflik Timur Tengah beri kesan pada pelancongan Sarawak, jika berlarutan – Abdul Karim
KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap konflik yang berlaku di Timur Tengah tidak berpanjangan. Beliau berkata, jika konflik yang sedang melanda Timur Tengah itu berpanjangan memberi kesan terhadap industri pelancongan Sarawak termasuk penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang dijadual berlangsung pada Jun ini. “Semua […]
SAIC tandatangani MoU dengan Llamalitica
BARCELONA: Sebuah syarikat pakar dalam penyelesaian kecerdasan buatan (AI) untuk sektor jagaan kesihatan, Llamalitica dan Pusat AI Sarawak (SAIC), menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU). Perjanjian itu untuk bekerjasama membangun dan melaksanakan peralatan AI bertujuan meningkatkan penyampaian dan membaiki mutu jagaan kesihatan masyarakat di bandar dan luar bandar. Perjanjian strategik itu selari dengan agenda memperluaskan transformasi digital […]
2026 ‘Delivery Year’, realisasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Sarawak
KUCHING: Tahun 2026 disifatkan sebagai ‘delivery year’ bagi Kerajaan Sarawak bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan serta memastikan perancangan pembangunan negeri diterjemahkan kepada hasil dan dirasai oleh rakyat. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, ini khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) “Tahun ini merupakan […]
TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Sungkei Perdana 2026
KUCHING: Barisan pemimpin tertinggi negeri turut sama mengimarahkan bulan Ramadan dengan menyertai Majlis Sungkei Perdana 2026 yang diadakan di Surau Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, malam tadi. Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Turut hadir pada […]
