KUCHING: Premier Sarawak akan membantu mengangkat isu masalah bekalan air dihadapi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Menteri Pendidikan Tinggi. Dalam kenyataan media Pejabat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mengambil maklum mengenai surat terbuka daripada seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan dakwaan masalah bekalan air untuk pelajar di […]
Abdullah sumbang ikan lumek salai kepada wakil rakyat, ketua jabatan
KUCHING: Sebanyak 200 kilogram ikan lumek salai dari Pulau Bruit diagihkan kepada semua wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19. Ia sumbangan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol sebagai momento istimewa […]
Batik Air bakal lancar laluan baharu hubungkan Subang dan Kuching
KUCHING: Batik Air bakal melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Subang dan Kuching bermula 28 Julai ini, sekaligus menambah pilihan perjalanan udara ke negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, sehingga suku pertama tahun ini, Sarawak menerima sebanyak 37 penerbangan antarabangsa setiap minggu, selain purata 427 penerbangan domestik mingguan dari pelbagai negeri […]
NACO kaji kebolehlaksanaan Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching
KUCHING: Kerajaan Sarawak melantik syarikat perunding antarabangsa dari Belanda, NACO (Netherlands Airport Consultants) bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching. Menteri Pengkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin berkata, surat lantikan telah diserahkan kepada NACO pada 21 Mei lalu. Katanya, syarikat itu akan bekerjasama dengan perunding tempatan – Jurutera Jasa […]
Sarawak tuan rumah Persidangan Rabies Borneo Oktober depan
KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Persidangan Rabies Borneo edisi keempat yang dijadual berlangsung pada 30 hingga 31 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Ia sekali gus memperkukuh usaha berterusan membanteras penularan rabies di rantau ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penganjuran persidangan tersebut […]
Tindakan tegas terhadap pihak gagal patuhi keperluan pelesenan gas
KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bertegas akan memastikan segala undang-undang dan peraturan berkaitan pengawalseliaan industri pengedaran gas di Sarawak dipatuhi sepenuhnya. Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pengawalseliaan aktiviti pengedaran gas di negeri ini tertakluk kepada Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016. Fungsinya setara Akta Bekalan Gas 1993 di peringkat Persekutuan namun tidak terpakai […]
Perpaduan kaum ibarat taman dipenuhi bunga, sumber kekuatan Sarawak
LAWAS: Perpaduan kaum merupakan sumber kekuatan kepada kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Sarawak yang perlu dipertahankan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, berikutan itu perpaduan kaum di Sarawak ibarat taman yang dipenuhi pelbagai bunga. “Kalau taman itu dipenuhi bunga-bunga berwarna warni kita pun sedap tengok. Inilah keadaan kita. Jadi kita […]
RM550 juta teruskan projek ALAF
KUCHING: Eksport tenaga elektrik merentasi sempadan bagi merealisasikan matlamat Grid Tenaga Borneo (BPG) dan Grid Tenaga ASEAN (APG) akan dipergiatkan untuk meletakkan Sarawak sebagai ‘Battery of ASEAN’. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Sarawak telah mengeksport lebih kurang 100 megawatt (MW) tenaga ke Kalimantan Barat sejak 2016 dan akan mengeksport ke Sabah […]
10 Ahli Dewan DBKU baharu angkat sumpah
KUCHING: Seramai 10 orang dilantik sebagai Ahli-Ahli Dewan baharu bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi tempoh 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028. Majlis pelantikan itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. Majlis bertujuan memperkenalkan serta mengesahkan pelantikan barisan […]
Majlis kesyukuran Sambutan 70 Tahun MIS
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak (MIS) di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, malam ini. Majlis bermula pada jam 6.45 petang itu dimulakan dengan laungan azan dan […]
