Category: Umum

Tuntutan kerusi Parlimen masih dibincang

KUCHING: Perbincangan mengenai tuntutan Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk mendapatkan satu pertiga kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih diteruskan. Timbalan Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Kerajaan Pusat dan Negeri, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, belum ada keputusan akhir dibuat setakat ini. Perbincangan mengenainya dengan Kerajaan Persekutuan masih diteruskan, katanya menjawab […]

Kerajaan Sarawak terus kongsikan rezeki dengan rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus berkongsi rezeki kepada rakyat negeri ini, selaras dasar keterangkuman digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri sentiasa ikhlas membantu rakyat di wilayah ini, tanpa mengira latar belakang. Jelas beliau, dengan pertambahan kewangan Sarawak, segala jenis […]

Cadangan perkenalkan undang-undang tangani kenderaan berat keluar masuk tapak binaan

KUCHING: Sarawak dicadang agar mengubal undang-undang untuk menangani isu kenderaan berat keluar masuk ke tapak binaan sehingga mengotorkan jalan-jalan sekitar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tupong yang juga Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, isu ini berlaku di kawasan DUN Tupong yang menyaksikan pembangunan rancak dengan tapak-tapak binaan kawasan perumahan […]

RM15,000 geran permulaan perniagaan bantu belia bumiputera

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 untuk belia bumiputera tempatan tahun ini. Menurut kenyataan media SME Corp. Malaysia, geran itu untuk menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan disediakan menerusi pihaknya dan melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 11. Majlis Peluncuran Program TUBE 11 Peringkat Wilayah Sarawak dan penyampaian […]

Deklarasi bersama: Petronas dikecuali lesen pengoperasian di Sarawak, perlu mohon pada MUT

KUCHING: Komitmen perundangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak kini dimeterai secara rasmi melalui satu deklarasi yang dijangka kekal sah tanpa mengira perubahan tampuk kepimpinan negara pada masa depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Deklarasi Bersama yang ditandatangani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu perjanjian […]

Sarawak perketat kawal selia industri gas, 551 lesen dikeluar

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperketatkan kawal selia industri gas dengan mengeluarkan 551 lesen sejak pindaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 dikuatkuasakan 2023. Timbalan Menteri Utiliti Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Dato Ibrahim Baki berkata, sebanyak 14 lesen diberikan kepada sektor huluan manakala 537 (hiliran). “Dalam tempoh sama, 10 notis ketidakpatuhan turut dikeluarkan […]

Arkib Sarawak rancak dibina antara tercanggih, simpan dokumen penting MA63

KUCHING: Penggunaan teknologi digital kini memainkan peranan penting dalam memperkasa masyarakat luar bandar Sarawak agar tidak tercicir dalam arus kepesatan ilmu pengetahuan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan digital menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan menarik kepada masyarakat, khususnya di pedalaman yang belum boleh membaca. “Jika tiada buku, kita […]

i-CATS, NAICO meterai MoU, buka peluang latihan aeroangkasa

KUCHING: Sarawak terus komited untuk membina keupayaan dalam sektor berteknologi tinggi apabila Kolej Universiti i-CATS memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’25) di Langkawi. MoU ini menandakan langkah strategik i-CATS dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan penyelidikan dalam bidang aeroangkasa, selari […]

Perdana Menteri, Premier Sarawak meterai Deklarasi Bersama perkukuh kerjasama industri minyak, gas

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak hari ini menandatangani deklarasi bersama untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam industri minyak dan gas. Deklarasi bersama itu kemudian ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini. Menurut deklarasi bersama itu, semua undang-undang Persekutuan dan Negeri Sarawak berkaitan […]

IKM Bintulu bakal dijadikan hab pendidikan tenaga serantau

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk menaik taraf Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu sebagai hab pendidikan tenaga bertaraf serantau, menurut Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki. Beliau berkata, IKM Bintulu akan memberi tumpuan kepada bidang tenaga baharu dan tenaga berasaskan fosil seperti minyak dan gas. Katanya, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh […]