Category: Umum

Dua blok kuarters guru SK Perpat musnah terbakar

SARATOK: Dua blok kuarters guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpat musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.50 tengah hari. Seramai 11 anggota BBP Saratok yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Rahman […]

12 projek pembangunan Zon Muara Tebas siap

KUCHING: Kampung Muara Tebas, Kampung Muara Tebas Lot dan Taman Mesra Muara Tebas terus mencatatkan kemajuan pesat dengan 12 projek pembangunan yang telah siap dilaksanakan. Manakala, dua lagi masih dalam peringkat menunggu kelulusan, dengan nilai keseluruhan mencecah lebih RM4.3 juta sejak tahun 2015. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni […]

Program MCMC Microsoft AI TEACH latih peserta Sarawak kemahiran AI

KUCHING: Program MCMC Microsoft AI TEACH disasarkan melatih ramai peserta dari seluruh Sarawak dengan kemahiran Kecerdasan Buatan (AI). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, program latihan ini merupakan inisiatif hasil kerjasama strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft Malaysia. Katanya, kandungan latihan merangkumi asas AI, AI Generatif, prinsip […]

Kaul Mukah platform penduduk jana pendapatan

MUKAH: Sambutan Kaul Mukah bukan sekadar tradisi untuk menghormati adat resam kaum Melanau, sebaliknya sebagai platform masyarakat menjana pendapatan.  Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib, penganjuran gerai jualan sempena Kaul Mukah membuka peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk-produk.  “Oleh itu, masyarakat tempatan harus memanfaatkan peluang ini. “Kita berharap semoga lebih ramai lagi pengunjung […]

Lawatan Premier ke UK perkukuh kerjasama pembangunan industri semikonduktor

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengetuai delegasi kerajaan negeri untuk melawat Pusat Inovasi CSA Catapult di Newport, United Kingdom pada 29 April ini. Lawatan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama pembangunan industri semikonduktor antara Sarawak dan UK. Dalam lawatan itu kelak, Kerajaan Sarawak melalui SMD Semiconductor Sdn Bhd akan bertukar […]

UNIMAS anjur aktiviti kesukarelawanan 48 jam

SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mensasarkan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penganjuran aktiviti kesukarelawanan terpanjang tanpa henti selama 48 jam. Menurut kenyataan media UNIMAS, ini melalui penganjuran program mega “UNIMAS: Inisiatif Bakti – The Longest Non-Stop Volunteerism Activities 2025. Inisiatif kesukarelawanan berskala besar selama 48 jam tanpa henti terbabit diadakan di sekitar Kota Samarahan […]

Affin Bank sokong aspirasi pembangunan ekonomi Sarawak

KUCHING: Sarawak berada di landasan kukuh menuju status negeri berpendapatan tinggi lebih awal daripada sasaran tahun 2030. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, institusi kewangan seperti Affin Bank memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi tersebut. “Institusi kewangan mesti lebih daripada sekadar menguruskan modal. “Mereka perlu komited untuk menyediakan akses kepada […]

Jabatan Hutan Sarawak, Cahya Mata Sarawak tanam 2,500 pokok spesies asli

SIMUNJAN: Jabatan Hutan Sarawak (FDS) bersama Cahya Mata Sarawak melaksanakan program penanaman 2,500 pokok spesies asli di Hutan Simpan Sabal hari ini dalam usaha memulihkan ekosistem hutan dan menangani perubahan iklim. Program ini turut menyokong Agenda Penghijauan Malaysia dan Kempen Penghijauan Sarawak, dengan pencapaian melebihi 35 juta pokok ditanam setahun lebih awal daripada sasaran. Timbalan […]

Lapan ahli Parti PBB dilantik Ahli Majlis Daerah Sri Aman

SIMANGGANG: Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga, Malita Kasi merupakan wanita pertama parti itu dari Daerah Sri Aman dilantik Kaunselor iaitu Ahli Majlis Daerah Sri Aman. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor sehubungan itu berharap agar Malita menjalankan tugas dan amanah diberikan sebagai kaunselar. “Saya mahu beliau […]

Transformasi korporat BPHB terus kekal berdaya saing

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) kini dalam fasa penting transformasi korporat yang menyeluruh. Ini merangkumi aspek kemampanan dan digitalisasi selaras peranan Pelabuhan Bintulu sebagai antara pelabuhan utama negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani berkata, ini juga merupakan langkah proaktif BPHB untuk terus kekal berdaya saing dan relevan. “Ini dalam menghadapi cabaran […]