Category: Umum

Semangat hijrah teras transformasi Sarawak

BINTULU: Perjalanan agung junjungan besar Rasullullah SAW dalam peristiwa Hijrah terus menjadi inspirasi Sarawak untuk mentransformasikan wilayah ini secara keseluruhan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini menuju wilayah yang maju dan makmur melalui pendekatan ekonomi hijau, digitalisasi, keterangkuman sosial dan pembangunan yang lestari. Menurutnya, sambutan Maal Hijrah 1447 […]

16 projek Kerajaan Sarawak di Kapit ditender tahun ini

KAPIT: Kerajaan Sarawak membiayai pelaksanaan sejumlah 40 projek membabitkan peruntukan sebanyak RM1.233 bilion di Bahagian Kapit. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 19 projek terbabit telah disiapkan manakala lima projek lagi bernilai RM116 juta termasuk jalan dan jambatan sedang dalam fasa pembinaan. “Baki 16 projek bernilai RM721 juta akan dijangka tender […]

Tabung Haji hargai agensi terlibat operasi haji Sarawak

KUCHING: Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Tanah Air Stesen Kuching diadakan di Raia Hotel and Convention Centre, di sini, hari ini. Menurut kenyataan media Tabung Haji, majlis bertujuan menghargai sumbangan pelbagai agensi kerajaan, swasta sertasukarelawan yang menjayakan operasi haji tahun ini. Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata ini termasuk memastikan kelancaran, keselamatan […]

Hafiz,Norhashimah johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Bahagian Betong

KABONG: Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki dari Kabong muncul sebagai Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Betong. Seramai 12 peserta terdiri daripada enam qari dan enam qariah telah menyertai majlis tilawah ini di Masjid Assabirin, di sini, malam tadi. Tempat kedua qari, ialah Mohammad Zahary Mansor dan ketiga […]

KPWK terokai peluang kerjasama dengan organisasi wanita berjaya

JAKARTA: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) melawat organisasi wanita berjaya Indonesia, di sini, semalam. Lawatan bermula di Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Republik Indonesia dan di Permodalan Nasional Madani (PNM) Indonesia, UN Women Indonesia serta penutupnya di Kongres Wanita Indonesia (KOWANI). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti […]

Sarawak pacu usaha capai visi ekonomi hijau di WEF Tianjin

TIANJIN: Sarawak meneruskan usahanya dalam memacu visi industri hijau ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) New Champions 2025 yang berlangsung di Tianjin, China. Menurut kenyataan media Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) hari ini, delegasi kerajaan negeri diketuai Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

141 penerima terima pingat dan darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran negeri, di Astana Negeri, di sini, hari ini. Keseluruhan seramai 141 penerima pingat dan darjah menerimanya bermula dengan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada sembilan penerima yang didahului Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Awang […]