KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) sedang berusaha mendapatkan penerbangan tambahan daripada Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Batik Air bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Sarawak sempena Hari Raya ini. Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin memaklumkan bahawa syarikat penerbangan ini bersetuju untuk menambah penerbangan bagi memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim perayaan. Tambahan penerbangan ini akan beroperasi […]
PUSAKA terima Lawatan Muhibbah Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Mas Gading
KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) komited terhadap penjagaan alam sekitar melalui teknologi hijau yang inovatif dan inisiatif strategik. Komitmen tersebut diyakini akan terus menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG) dan aspirasi Sarawak daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi memastikan Sarawak kekal sebagai negeri hijau. Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Haluyah Awi yakin […]
Konsulat Jeneral Malaysia di Filipina agih 200 pek bubur lambuk
DAVAO CITY: Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina menganjurkan program gotong-royong penyediaan bubur lambuk bagi diagihkan kepada jemaah di Masjid Jamjoom, Ecoland, di sini, semalam. Sebanyak 200 pek bubur lambuk dan 200 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada jemaah terbabit. Program ini melibatkan penyertaan semua pegawai dan kakitangan konsulat itu bersama semua ahli-ahli perwakilan. […]
Serian tuan rumah Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 2025
SERIAN: Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Bahagian Serian pada 17 Mac ini. Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, majlis bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ itu akan diadakan di Masjid Bahagian Serian bermula jam 6 petang. Jelasnya, majlis ini akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun […]
Lima lokasi Bazar Ramadan Rahmah
SIMANGGANG: Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Sarawak diadakan di Simanggang Ramadan Fest, Jalan Kelab, di sini semalam. Program BRR dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2023 dalam usaha menggalakkan peniaga menawarkan menu Rahmah dan transaksi perniagaan tanpa tunai. Ketua Cawangan KPDN Sri Aman, Qartinee Mohamad Esa berkata, pengunjung juga berpeluang […]
Kontraktor projek naik taraf pintu air DUN Kalaka sudah dilantik
SARATOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM10.72 juta bagi empat projek di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka baru-baru ini. Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek tersebut ialah kerja-kerja menaik taraf pintu air di Kampung Kupang, Kampung Perpat dan Kampung Paloh serta naik taraf jalan pertanian dan kerja-kerja berkaitan […]
Tambah baik SOP pelaksanaan projek RTP, tangani kontraktor bermasalah
MUKAH: Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) perlu ditambah baik dengan memberi penekanan untuk menangani isu kontraktor bermasalah. Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine sambil berkata, ia penting bagi memastikan isu lapuk itu tidak berulang lagi. Malah, beliau turut mahu kontraktor bermasalah perlu diambil tindakan […]
TYT, isteri teruskan program ‘Ihya Ramadan’ bersama warga PDRM
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan program Ihya Ramadan dengan berbuka puasa bersama warga Polis Sarawak di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini hari ini. Ketibaan beliau serta Toh Puan di Masjid Al-Mujahidin, Tabuan Jaya disambut oleh […]
1,568 kes jenayah siber di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 1,568 kes berkaitan pelbagai jenayah siber sejak Januari hingga Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini berdasarkan rekod polis dan melibatkan kerugian RM64,970,062.11. “Penipuan E- Dagang merekodkan jumlah kes tertinggi, iaitu 513 kes melibatkan kerugian berjumlah RM4,479,809.74,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Sesi Ziarah […]
AirBorneo akan guna pesawat ATR baharu
KUCHING: AirBorneo akan menggantikan pesawat ATR lama dengan ATR 600 yang lebih baharu selepas tempoh pajakan semasa tamat dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi, dedah Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Beliau berkata, selepas mengambil alih daripada MASwings, AirBorneo pada peringkat awal akan mengekalkan semua pesawat sedia ada di bawah pajakan bagi memastikan […]
