KUCHING: Jawatankuasa Penasihat Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) Sarawak sedang membincangkan bagi menubuhkan pusat terbabit di Samarahan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini lebih 34 kanak-kanak dari Samarahan dan seramai sembilan kanak-kanak dari Serian kini mengikuti sesi di OSEIC Kuching. “Penubuhan pusat ini dijangka memberikan perkhidmatan lebih […]
Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 terima 390 penyertaan
KUCHING: Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 menerima sebanyak 390 penyertaan dalam 10 kategori dengan acara utama dijadual berlangsung di Riverside Majestic Hotel pada 14 Disember ini. Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo Teck Wei memberitahu, Kerajaan Sarawak merupakan salah satu penaja utama acara berprestij itu dengan sumbangan sebanyak RM100,000. Menurutnya, anugerah ini bertujuan mengiktiraf […]
147 lagi terima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Setiausaha Sulit kepada Premier Sarawak, Ahmad Hazlan Ismawi mengetuai 147 lagi penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak. Beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) yang disampai oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak hari […]
UPM Kampus Bintulu bakal tawarkan Program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui
BINTULU: Program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui yang akan ditawar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dijangka mempercepatkan agenda tenaga hijau Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak I, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, program ini akan memberi tumpuan kepada kolaborasi erat dengan sektor industri dan komuniti tempatan. Katanya, pelajar program terbabit akan […]
SEEP ‘game-changer’ sektor pendidikan Sarawak
MIRI: Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP) diyakini akan menjadi ‘game-changer’ dalam mengubah mutu pendidikan di negeri ini jika dilaksanakan dengan jayanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, SEEP adalah inisiatif utama kementeriannya bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan di seluruh Sarawak. Menurutnya, MEITD akan berkolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri […]
Parti PBB Cawangan Kalaka, ADUN santuni warga emas
SARATOK: Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka menyantuni seorang warga emas di Kampung Tanjung Hulu, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri bersama isteri, Norlida Sharkawi dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Betong (PSKB), Abang Suhaimi Abang Mohamad bersama-sama 10 sukarelawan menyantuni warga emas, Lohan Ganti […]
Sarawak miliki pelbagai sumber tenaga boleh diperbaharui
KUCHING: Sarawak mempunyai pelbagai sumber yang masih belum diterokai namun berpotensi untuk dijadikan tenaga boleh diperbaharui. Bagi tujuan itu, syarikat tempatan Acacia Power Sdn Bhd bersama NextChem S.p.A dari Itali sepakat menjalin kerjasama untuk menerokai teknologi baharu dalam tenaga boleh diperbaharui yang akan memberi manfaat kepada Sarawak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg […]
Itali berminat jalin kerjasama dengan Sarawak
KUCHING: Itali komited terlibat dalam inisiatif tenaga hijau Sarawak, khususnya dalam usaha peralihan tenaga dan penyahkarbonan sejajar dengan matlamat global dan Kesatuan Eropah (EU). Duta Besar Itali ke Malaysia, Massimo Rustico melihat Sarawak sebagai kawasan penting di Malaysia, terutama kerana peranannya dalam projek peralihan tenaga dan pembangunan. Sebagai salah sebuah negara industri terkemuka dunia, Itali […]
500 hektar dibangun tanaman padi di Limbang, Lawas
LIMBANG: Sarawak mensasarkan membangunkan kira-kira 14,000 hektar kawasan penanaman padi dan 500 hektar dikenal pasti di daerah Limbang dan Lawas. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi daerah Limbang kementerian itu mengenal pasti 400 hektar kawasan penanaman padi di Kampung Pendam. ” Di Lawas, kita mengenal […]
Pucuk pimpinan Parti PBB sokong kepimpinan Abang Johari
BETONG: Pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak melahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus mengemudi Sarawak. Naib Yang di-Pertua Parti PBB, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kebijaksanaan kepimpinan Abang Johari dan Parti PBB membawa perubahan […]
