Data penentu dasar sekuriti makanan

KUCHING: Data mengenai sektor pertanian penting sebagai garis panduan bagi Kementeri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangnan Wilayah (MIFCORD) Sarawak menggubal dasar dan menetapkan sasaran demi menjamin sekuriti makanan.

Menteri MIFCORD, Dato Sri Stephen Rundi berkata, dasar yang bersifat menyeluruh dan bersepadu sejajar dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

“DAN 2.0 itu memberi tumpuan kepada kemampanan dan daya saing sektor agromakanan,” katanya merasmikan Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Dr Rundi menegaskan, dengan memiliki data, MIFCORD boleh fokus atau membuat perubahan untuk mentransformasi sektor pertanian negeri selain dijadikan platform menggubalkan dasar.

Data juga, katanya, membolehkan MIFCORD mengurangkan pembaziran dan mempunyai asses untuk menentukan jenis tanaman yang dibangunkan.

Beliau turut mezahirkan rasa bangga kerana Malaysia buat julung kalinya menduduki tangga pertama di peringkat global dalam laporan dwi-tahunan ;Open Data Inventoru (ODIN) 2024/25 yang dikeluarkan oleh Openg Data Watch mengatasi 198 negara lain.

Pencapaian itu, katanya, merupakan lonjakan ketara daripada kedudukan ke-67 penilaian ODIN 2022/23.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam ucapan aluannya berkata, dalam usaha memperkukuhkan pengurusan data pertanian secara bersepadu melalui pendigitalan, Jabatan Perangkaan Malaysia telah membangunkan sistem TaniStats (Sisten Integrasi Pangkalan Data Digital Pertanian).

Inisiatif itu, menurutnya, selaras dengan dasar keterbukaan dan perkongsian data rasmi di portalkerajaan dan berfungsi sebagai ‘game changer’ da;am pengumpulan serta integrase data pertanian negara.