Sarawak tawar peluang pendidikan kepada anak Islam Kepulauan Pasifik
SEOUL: Kerajaan Sarawak menawarkan bantuan kepada anak-anak Islam dari Kepulauan Pasifik untuk mendapatkan pendidikan dengan melanjutkan pelajaran di sekolah Islam antarabangsa di negeri ini. Premier Sarawak merangkap Presiden Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha Sarawak untuk membantu negara anggota lain […]
RISEAP platform kongsi ilmu rentas agama
SEOUL: Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) memainkan peranan sebagai platform perkongsian ilmu antara Muslim dan bukan Muslim. Premier Sarawak merangkap Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting demi kebaikan sejagat, tidak hanya tertakluk kepada doktrin Islam semata-mata. Menurutnya, pendekatan itu membolehkan pelbagai agama saling melengkapi […]
Sarawak, New Zealand pertingkatkan kerjasama industri ternakan
NEW ZEALAND: Menyedari kepakaran New Zealand dalam pertanian dan ternakan, Sarawak bercadang memperluas kerjasama dengan negara berkenaan. Langkah itu bagi meningkatkan kemahiran pegawai veterinar serta memperkukuh industri ternakan lembu tempatan. Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, negeri ini merancang menghantar pegawai veterinar untuk menjalani latihan profesional […]
Sarawak bakal jadi Pusat Keilmuan Aeroangkasa di Borneo
KUCHING: Sarawak semakin menonjol sebagai pemain penting dalam pembangunan industri aeroangkasa Malaysia, khususnya melalui kerjasama strategik dengan Kolej Universiti i-Cats yang dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan sektor di Borneo. Ketua Pegawai Eksekutif NAICO Malaysia Profesor Dr Shamsul Kamar Abu Samah berkata, rancangan dan inisiatif yang dilaksanakan di Sarawak melalui i-Cats akan memberikan kesan signifikan kepada industri […]
Parti PBB Cawangan Ba’kelalan buat laporan polis individu fitnah kepimpinan Lawas
LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan membuat laporan polis berhubung hantaran seorang individu atas nama Kam Agong Lawas Sarawak di laman Facebook. Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Ba’kelalan Donnie Erwan Baru membuat laporan polis terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, di sini, malam tadi. Turut sama ialah Matius Selutan, Stanley Dulamit […]
Bangunan asrama SK Sungai Antu terlalu usang, baiki segera
SARATOK: Bangunan Asrama SK Sungai Antu di sini kini tidak lagi sesuai didiami. Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memohon supaya proses pembinaan semula disegerakan dan dilaksanakan sepenuhnya tanpa berfasa. “Struktur bangunannya sudah terlalu usang,” katanya mengulas mengenai bangunan asrama sekolah rendah terbabit di sini. Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu […]
FPBK UNIMAS buka ruang kolaboratif tawar kursus Bahasa Melayu
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan membuka ruang kolaboratif bersama institusi pengajian antarabangsa yang menawarkan kursus Bahasa Melayu. Profesor Adjung Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS, Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr Awang Sariyan berkata, ini melalui FPBK dan menzahirkan keyakinan tinggi UNIMAS melalui fakulti itu mampu muncul sebagai pusat kecemerlangan bahasa terunggul […]
Banteras isu dadah, substans antara isu sosial diberi keutamaan
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menyambut baik ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan substans di negeri ini. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, fokus tersebut selaras dengan salah satu daripada 13 isu sosial yang menjadi keutamaan KPWK, iaitu menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang. “Kami […]
MA63: Sarawak cadang ambil alih proses ambilan kakitangan perubatan
KUCHING: Kerajaan Sarawak menekankan kepentingan autonomi kesihatan untuk membolehkan pengambilan kakitangan perubatan sendiri. Langkah itu penting dalam usaha mempercepatkan proses meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia juga untuk mengatasi kekurangan tenaga perubatan yang menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri ini. “Membina hospital baharu sahaja tidak […]
Ahli Parlimen GPS tolak dakwaan palsu kaitkan PETRONAS dengan tuntutan Sarawak
KUALA LUMPUR: Dakwaan PETRONAS mengambil keputusan untuk memberhentikan sebahagian daripada pekerjanya ada kaitan dengan tuntutan Sarawak terhadap sumber gas dan minyak adalah tidak benar sama sekali. Kelab Penyokong Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebarang penyusunan semula atau tenaga kerja yang diambil oleh PETRONAS merupakan keputusan bebas korporat berdasarkan […]
