Irwan perjelaskan isu wang ihsan Petra Jaya, proses dibuat ikut tindakan sewajarnya

KUCHING: Pengagihan wang ihsan kepada 219 pemilik rumah yang terjejas akibat projek pembetungan di kawasan Petra Jaya dibuat berdasarkan penama pemilik ketika data dikumpul Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas peruntukan dilulus Oktober 2022. Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir Irwan Zulkarnain Dato Muhammad Hasbie berkata, peruntukan itu direalisasikan hasil usaha Ahli Parlimen […]

Kedudukan strategik jadikan Sarawak hab semikonduktor negara

KUCHING: Sarawak bersedia mengorak langkah sebagai pemain penting dalam industri semikonduktor negara, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, ini kerana Sarawak mempunyai hasil kelebihan strategik dari segi tenaga, lokasi dan ekosistem pelaburan. “Malah, kedudukan geografi Sarawak strategik serta kestabilan bekalan tenaga hijau menjadikan negeri ini menjadi destinasi berpotensi bagi […]

282 permohonan kewarganegaraan anak penduduk Sarawak sejak 2024

KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak yang bermesyuarat hari ini menerima 183 permohonan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, permohonan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak. “Ini mengikut kategori iaitu anak tak sah […]

Pejabat Konsulat Singapura di Kuching beroperasi pertengahan 2026

KUCHING: Pejabat Konsulat Singapura di Kuching disasarkan beroperasi selewat-lewatnya menjelang pertengahan tahun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon yang berkata, penubuhan tersebut bagi memperkukuh hubungan rakyat serta meningkatkan kerjasama ekonomi dan pelancongan antara kedua-dua negara. Katanya, Kerajaan Malaysia memberi kelulusan kepada Singapura pada November tahun lalu untuk menubuhkan […]

Pejabat Konsul Singapura akan dibuka di Sarawak dalam masa terdekat

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gapola Menon di kediamannya di sini, hari ini. Kunjungan Vanu bagi memaklumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan pejabat konsul Singapura di Sarawak. Difahamkan, Pejabat […]

Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Saban didedah kursus pengendalian makanan

SPAOH: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di Dewan Masyarakat Spaoh di sini, hari ini. Kursus dihadiri 56 peserta itu bertujuan memperkasa golongan wanita melalui pengetahuan keselamatan makanan serta membuka peluang keusahawanan dalam bidang berkaitan. Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Yahos School of Skills, merangkumi pendedahan teknik […]

Anjung usahawan medan lahirkan usahawan kecil Bumiputera

LAWAS: Pembinaan anjung usahawan di beberapa kawasan di sini, termasuk Sundar menjadi landasan melahirkan ramai usahawan yang berdaya saing. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak membantu rakyat memanfaatkan sumber sedia untuk dipasarkan kepada pelanggan. “Anjung usahawan diwujudkan bagi menyediakan kemudahan yang lebih kondusif dan tersusun kepada […]

140 asnaf terima sumbangan bakul makanan

JEMORENG: Seramai 140 penerima terdiri daripada golongan asnaf di kawasan Jemoreng menerima sumbangan bakul makanan di sini, semalam. Program tersebut anjuran Pusat Khidmat PBB N44 Jemoreng. Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya. Menurutnya, program ini merupakan salah […]

Perjumpaan rutin Premier, Ahli Parlimen GPS menjelang sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meghadiri sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel di sini, pada malam ini. Sesi perjumpaan Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan perjumpaan rutin setiap kali persidangan Parlimen diadakan. Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen Ke-15 […]

Kenaikan elaun KMKK bukti Sarawak hargai pemimpin akar umbi

DALAT: Kenaikan elaun bulanan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) membuktikan penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap peranan pemimpin di peringkat akar umbi. Elaun sebanyak RM400 itu berkuat kuasa 1 Januari lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kenaikan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak terhadap kebajikan serta […]