Sarawak perkukuhkan asas ekonomi, AFFIN Bank rakan strategik pertumbuhan

KUCHING: Sarawak berusaha membina ekonomi yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan lebih inklusif dalam usahamemperkukuhkan asas ekonomi dan keyakinan pelabur. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan jangka panjang bukan hanya bergantung kepada insentif, tetapi kepada asas kukuh merangkumi infrastruktur, bakat, tadbir urus dan persekitaran operasi yang stabil. “Kita […]

Sarawak rekodkan 4.97 juta pelancong, catat RM12.6 bilion pendapatan 2025

KUCHING: Sarawak merekodkan seramai 4.97 juta pelancong pada tahun lalu sekali gus hampir berjaya mencapai sasaran lima juta orang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan pencapaian tertinggi pernah dicatatkan setakat ini. “Ketibaan pelancong sehingga 31 Disember 2025 mencatatkan 4,971,197 orang, kurang kira-kira 28,800 pelawat […]

IAC Tanjung Manis bakal beroperasi, sediakan persekitaran kerja kondusif

TANJUNG MANIS: Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (IAC) Tanjung Manis akan beroperasi sebagai pusat sehenti bagi memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, bangunan pentadbiran setinggi 15 tingkat itu akan beroperasi dalam masa terdekat setelah memperoleh Sijil Menduduki (OP), sekali gus menandakan ia […]

Rumah SPK Gedong bakal siap pertengahan suku ketiga 2026

GEDONG: Projek pembinaan 50 unit rumah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong dijangka siap pertengahan suku ketiga tahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek akan dilaksanakan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan peruntukan berjumlah RM22.6 juta. Katanya, setiap rumah jenis LCDA Saphire 1 terbabit dibina menggunakan teknologi Sistem […]

Kampung Buntal dipilih projek Kampung Angkat Madani di Sarawak

KUCHING: Kerajaan menjangkakan peningkatan peruntukan bagi aspek kebajikan dan bencana sehingga 15 peratus di Sarawak dan seluruh negara tahun ini. Ini berbanding peruntukan sebanyak RM12.3 juta untuk Sarawak manakala peruntukan keseluruhan negara mencecah RM49 juta bagi 2025. “Ini sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan cuaca dan komitmen berterusan membantu rakyat,” menurut satu kenyataan sempena Majlis Penyerahan Kampung […]

RM10 juta bantu 142 Klinik Kesihatan di Sarawak

GEDONG: Pendigitalan perkhidmatan kesihatan di Sarawak diperkasa dengan peruntukan RM10 juta bagi melaksanakan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) di 142 klinik kesihatan seluruh negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan sistem berkenaan akan memudahkan urusan doktor dan jururawat dengan mengurangkan beban kerja pengkeranian. “Ia sekali gus membolehkan lebih banyak […]

RM4 bilion bangunkan kuarters kerajaan di Sarawak

GEDONG: Kerajaan Sarawak akan membina kuarters penjawat awam negeri dan Persekutuan berbentuk apartmen di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) membabitkan peruntukan RM4 bilion. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek itu bertujuan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan berkualiti, khususnya kepada penjawat awam di luar bandar dan pedalaman. “Pembinaan kuarters […]

Mangsa banjir enggan pindah tetap terima bantuan, nafi dakwaan – Uggah

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan bahawa mangsa banjir yang enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak akan menerima bantuan wang ihsan. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menegaskan, tiada sebarang pengumuman sedemikian pernah dibuat dan perkara utama yang ditekankan kerajaan negeri adalah kepentingan pemindahan […]

Pemuda Parti PBB pertikaikan tindakan PETRONAS

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), menyifatkan tindakan PETRONAS memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan sebagai langkah yang boleh ditafsirkan sebagai usaha mengetepikan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Sarawak. Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB, Datuk Martin Ben sehubungan itu menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan syarikat minyak dan gas nasional itu yang memilih saluran […]

Bantuan makanan kepada mangsa banjir di PPS mencukupi

BINTULU: Kerajaan Sarawak mendapati pengurusan bantuan mangsa banjir yang dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, pada tahap memuaskan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini termasuk dari sudut penyediaan makanan mencukupi kepada mangsa banjir. “Bantuan makanan mencukupimalah mereka (mangsa banjir) tadi diberitahu makan satu hari lima kali,” katanya. […]