UNIMAS tubuh Kursi Endowment Penyelidikan

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menubuhkan Kursi Endowmen Penyelidikan untuk memperkukuhkan ekosistem pendidikannya. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, dengan sokongan penuh Kerajaan Sarawak, penubuhan kursi berkenaan diyakini mampu melonjakkan kedudukan UNIMAS ke persada antarabangsa. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyatakan persetujuan untuk mewujudkan Kursi […]

Sarawak, Denmark perkukuhkan kerjasama dua hala

KUCHING: Denmark melihat Sarawak sebagai rakan kerjasama berpotensi dalam pelbagai sektor, terutama dalam bidang teknologi hijau. Menurut Duta Besar Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangkilde Berner, pihaknya amat teruja untuk meneroka dan memperkukuh lagi kerjasama dua hala antara Denmark dan Sarawak. “Kita mempunyai kehadiran kukuh di Denmark melalui syarikat-syarikat kami yang berpengalaman luas dan mempunyai tradisi […]

Empat sekolah menengah terima televisyen pintar

SEBUYAU: Pembangunan modal insan merupakan salah satu pemacu utama di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dan memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu dipertingkatkan agar lebih interaktif dan menarik. “Atas keperluan tersebut, saya telah […]

Ciptaan berasaskan teknologi beri impak positif

KUCHING: Kejayaan bakat muda dalam mengetengahkan ciptaan berteknologi tinggi diharap akan memberi impak positif kepada masyarakat terutama memajukan pertanian hijau, teknologi digital dan pendidikan berkualiti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, cara pemikiran berinovatif bakat muda itu akan menjadikan mereka sebagai pemimpin berinovasi masa depan di wilayah ini. “Sarawak menyabut baik idea […]

Dokumen penting Sarawak di London akan disimpan di bandar raya ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak menjalin kerjasama dengan muzium di London bagi menyimpan buku dan dokumen bersejarah Sarawak di bangunan arkib canggih yang sedang dibina di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini banyak buku dan dokumen perjanjian terbabit disimpan di sana ketika beliau menghantar rombongan ke Historical Muzium London […]

STEM, TVET pacu pembangunan luar bandar Sarawak

TANJUNG MANIS: Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan mendesak dalam memacu pembangunan Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi. Ia ditegaskan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh sambil menambah STEM dan TVET kini […]

TECHON 2025 kongsi idea AI, TVET, tenaga boleh diperbaharui

KUCHING: Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Inovasi Kelapan (TECHON) 2025 diharap membina jambatan merentasi disiplin, institusi serta negara. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana TECHON 2025 menghimpunkan pelbagai pihak untuk berkongsi idea, penyelidikan dan amalan terbaik. Katanya, ini melalui tiga tonggak iaitu Kecerdasan Buatan (AI), Pendidikan […]

Urus kewangan lebih cekap, telus – Premier Sarawak

KUCHING: Sarawak perlu mentransformasi sistem pengurusan kewangan secara lebih cekap, telus dan mampan untuk menghadapi cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan digital dan geopolitik yang tidak menentu, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem pengurusan kewangan yang cekap dan telus mesti berdaya tahan, mampan, berketelusan dan berinovasi dalam setiap […]

Kampung warisan Satok berpotensi jadi pinggir bandar moden

KUCHING: Kawasan perkampungan warisan di sepanjang Jalan Datuk Ajibah Abol di sini, berpotensi dibangunkan menjadi kawasan pinggir bandar moden. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan perkampungan pinggir bandar di sini bakal menerima impak hasil pembangunan pesat yang sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. Beliau mengambil contoh projek pemulihan kawasan East Perth […]

Sarawak dapat dua unit jambatan keluli bagi hadapi bencana

KUCHING: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyerahkan dua unit tambahan Jambatan Keluli Bermodular kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Pelabuhan Senari, di sini, hari ini. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Koperat NADMA, jambatan terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Pengerusi JPBN Sarawak. “Program ini mencerminkan komitmen […]